Penerbit minta idea sambungan ‘Rindu Awak Separuh Ny4wa’… net|zen takut jalan cerita melaklut – “Bukan senang cari ilham, penonton tahu mengvtuk saja!”

Rindu Awak Sepa.ruh Nyawa drama lakonan Shuki Yahaya dan Uqasha Senrose.
PENERBIT dan penulis skrip, Siti Rosmizah Semail kesal apabila ada neti.zen yang tidak bersetuju dengan cadangannya untuk menyambung drama popular Rindu Awak Sep.aruh Nyawa (RASN) bagi musim kedua.

Siti Rozmizah, 49, berkata, dia juga tidak memaksa mana-mana pihak untuk menonton karyanya itu, sebaliknya mengharapkan orang ramai tidak memperkecil-kecilkan usaha penghasilan jalan cerita sesebuah drama.

“Sebenarnya saya faham kalau cerita yang akan disambung pasti orang ingat akan ada plot yang sama… saya pun dah ada jalan cerita untuk RASN 2 cumanya ia mungkin tidak akan dapat dilakukan dalam jangka masa terdekat sebab banyak lagi drama lain yang perlu saya selesaikan dahulu.

“Bagi saya senang sahaja, kalau dia kata cerita sambu.ngan itu nanti akan melalut, lebih baik dia tak payah tengok… saya pun tak paksa dia untuk tengok drama saya.

Komen netiz.en di Instagram Siti Rosmizah.

“Dia (netiz.en) macam itu kena tukar attitude sebab bukan senang penulis nak cari ilham untuk buat satu-satu karya tapi penonton tahu mengutuk jer. Kalau dia tak nak tengok, tak mengapa banyak lagi drama lain ada di televisyen,” katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, Siti Rosmizah meminta pendapat dan idea daripada pengikut laman sosi.alnya bagi jalan cerita RASN musim kedua.

RASN yang dibintangi pelakon popular Shukri Yahya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan bagi slot MegaDrama di Astro Ria sudah pun tamat siarannya pada Isnin lalu.

Sementara itu, ditanya mengenai resi.pi kejayaan setiap drama karyanya yang pasti mendapat templar di hati penonton, Siti Rosmizah yang juga merupakan seorang peguam berkata, dia banyak mengambil inspirasi daripada kisah benar yang berlaku terhadap anak guam.nya.

Dia (neti.zen) macam itu kena tukar attitude sebab bukan senang penulis nak cari ilham untuk buat satu-satu karya.

“Saya banyak dapat ilham daripada kerjaya sebagai peguam selama lebih 20 tahun, macam-macam cerita saya dengar daripada anak guam.

“Dari situ saya ambil kisah mereka untuk dijadikan sebagai pengajaran dan bagi mesej kepada penonton… saya tidaklah ambil sepenuhnya kisah mereka sebaliknya saya olah agar jadi lebih menarik dan tak lari dengan tema cinta dan kekeluargaan yang menjadi pilihan pen.onton kita.

Siti Rosmizah terharu dengan sambutan penonton terhadap drama Rindu Awak Separuh Nyawa.

“Macam drama RASN ini memang saya ambil daripada kisah benar client saya yang hidup.nya memang jadi tar.uhan seorang wanita hanya kerana wanita itu memiliki kekayaan,” ujarnya lagi.

Dalam perkemban.gan lain, Siti Rosmizah kini sedang sibuk menyiapkan skrip satu lagi drama fenomena karyanya iaitu 7 Hari Mencintaiku musim ketiga.

“Sekarang saya tengah siapkan skrip 7 Hari Mencintaiku 3, kali ini saya nak terus keluar dengan drama dahulu, jadi ia akan jadi eksklusif.

“Penjualan novelnya mu.ngkin akan keluar selepas drama itu ditayangkan sebab saya tak nak spoiler bertebaran seperti drama-drama sebelum ini, jadinya saya nak cuba pula formula tay.ang drama dahulu, baru jual novel,” katanya.
sumber: mstar