Sajat Umum Kembali Single, Tidak Mahu Lagi Terus Tersepit, lni Pvnca BeIiau Berpisah Buat Ramai T3rkejut

Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat mengumumkan dirinya sudah kembali solo selepas dua tahun bercinta dengan model dari Lubnan iaitu Jados.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram baru-baru ini, usahawan berusia 37 tahun itu memberi bayangan bahawa kehadirannya dalam perhubungan seolah-olah tidak dihargai oleh insan tersayang.

Sajat yang kini menetap di Australia berkata, seseorang yang memberikan kasih sayang dan mengambil berat hanya berakhir dengan kekecewaan apabila si dia langsung tidak peduli mengenai usaha tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan kata-kata Sajat.

Namun tidak kurang terdapat juga segelintir warganet yang memberi reaksi sinis atau sindir4n terhadap usahawan berkenaan.

Sajat pun tau kecik hati

Bukti lelaki memang setia

Masih ada ruang tak

Taktau nak kesi4n ke camne ni

Sudah, cukup semua tu

Disebabkan situasi tersebut, dia menyifatkan cukup bagi meneruskan hubungan seperti itu selain melupakan sahaja apa telah berlaku sekali gus meneruskan kehidupan dalam mencari seseorang yang lebih memahami.

“Now no more word appreciate. Enough is enough. I’m single ready to mingle. Be yourself, but always your better self,” antara luahan yang dikongsi dengan turut meletakkan #singlelife (kehidupan solo).

Posting berkenaan disertakan dengan video miliknya yang pernah tular sebelum ini memperlihatkan Sajat tidak melayan apabila ‘diganggu’ oleh seorang individu ketika keluar berseorangan di negara terbabit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Ig Nur Sajat/achikdia.com