Sampai P0Iis Datang, Chef Amar BaIas BaIik Kepada PeIanggan lni Yang Memak1 Pekerjanya Dan Tidak Berpvas Hati Kerana Berikan Keutamaan Pada Wanita Mengandvng

Nama Chef Ammar sering diperkatakan dan antara yang paling banyak disebut oleh netizen hingga ke hari ini. Beliau menjual nasi arab di Bazar Ramadan Seksyen 13 atau lebih dikenali dengan Bazaar Stadium Shah Alam mendapat sambutan yang amat tinggi.

Walaupun gerai hanya dibuka pada pukul 3 petang, pelanggan sudah mula beratur dari pukul 1 tengah hari. Dulu netizen kecam harga ‘Tel Aviv’, sekarang nasi Arab Chef Ammar laku teruk sampai terpaksa buat peraturan ini pada pelanggan.

Mereka sanggup datang awal kerana tidak mahu beratur lama kerana ada yang perlu beratur sehingga berejam lamanya untuk dapat beli makanan dari gerai Chef Ammar.

Pekerja Chef Ammar Kena Marah, Polis Pun Datang

Tular di media sosial dimana kelihatan Chef Ammar sedang bercakap dengan beberapa orang anggota polis. Menurut pemilik video tersebut yang bernama mohdarizan kejadian itu berlaku kerana ada salah seorang pelanggan yang naik angin dengan pekerja Chef Ammar.

Kerana dia tidak puas hati kenapa wanita mengandung diberi keutamaan dan tidak perlu beratur pekerja Chef Ammar ini dimarah teruk sehingga menangis. Disebabkan itu Chef Ammar terpaksa tampil mempertahan pekerjanya. Perkara tersebut sehingga ada pihak polis terpaksa datang untuk mendengar penjelasan dari Chef Ammar.

Ini antara komen-komen dari netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Tiktok mohdarizan / AwatttSyeikhh