Sangat Tidak Ber4dap Dan Kurang 4jar BiIa LeIaki Ini K0men Tentang Pem3rgian Adibah Noor, Azhan Rani Tervs Respon

Pelakon terkenal, Azhan Rani tampil bersuara gara-gara komen tidak beradab oleh seorang pengguna Facebook berhubung pemergian pelakon dan pengacara terkenal, Adibah Noor.

Menurut Azhan Rani di akaun Instagram miliknya, dia melayangkan pertanyaan akan perbuatan seumpama itu untuk mencari perhatian pada siapa?

“Buat bio Facebook acah-acah Islamik memang pasti syurga? Bukankah hari ini masing-masing kita sedang membina pengakhiran kita”

“Ikut suka kaulah lebai berangan! Bongok kau ini nak kau dedahkan pada siapa sebenarnya? Semoga ada jalan kembali,” katanya.

Terdahulu di ruangan Facebook artikel tersebut, pengguna yang dikenali Badri Abdullah mengherdik arwah, konon ketika hayatnya dia mengabaikan kewajipan agama.

Menerusi pengamatan Utusan Malaysia di ruangan perkongsian Azhan Rani, majoriti senada dengan pelakon itu kerana perbuatan oleh pengguna berkenaan tidak menjaga sensitiviti.

Lelaki Itu Respond Selepas Netizen Banyak Kecam

Setelah teruk dikecam netizen, individu tersebut seolah olah tidak menarik balik kenyataan yang telah dibuat.

Dia juga memuat naik beberapa posting berkenaan netizen yang mengecam dia.

Satu posting terbaru daripada individu tersebut menaikkan kecaman netizen kepada diri dia.

“Makluman… Tuan FB ni dah meninggal dunia lepas subuh tadi… Doakan arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Uo/FB Badri Abdullah/achikdia.com