Semakin GiIa Sistem KeadiIan Negara Sekarang, Fynn Jamal Pergi Sendiri Mendengar Perbic4raan K3s Bella, Saksi Sering DiperIekehkan

Tular di media sosial sejak semalam apabila pihak peguambela bagi suspek utama kes penderaan kanak-kanak kurang upaya, Bella iaitu Siti Bainun Abd Razali yang didakwa saksi kes telah memaksa kanak-kanak malang itu makan 80 cili padi dan menyeksanya setiap hari.

Kes itu juga telah menjadi tular dengan tanda pagar #JusticeforBella di media sosial di mana ramai yang meluahkan rasa marah dengan tindakan suspek terhadap kanak-kanak itu.

Malah, dengan pendedahan kesan luka pada tubuh yang menyayat hati turut meruntun hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Baru-baru ini, penyanyi dan juga selebriti media sosial , Fynn Jamal ada berkongsikan pengalamannya duduk bersidang bagi mendengar sendiri perbicaraan kes penderaan dan pengabaian Bella ini.

Menurut Fynn, keadilan buat kanak-kanak itu seperti mustahil untuk dicapai setelah dia menghadiri dan mendengar sendiri prosiding berkenaan.

Katanya, dalam perbicaraan itu, pihak peguambela seolah-olah berusaha untuk menunjukkan kepada mahkamah bahawa kenyataan saksi tidak boleh dipercayai dan tidak konsisten.

Namun, saksi yang dikenali sebagai Yasmin itu menurut Fynn sangat ‘champion’ dan berani berhadapan dengan soalan daripada peguambela meskipun sering diperlekehkan.

Malah, peguambela turut ‘mengungkit’ kisah silam Yasmin yang sebelum ini turut dijaga oleh Bainun berikutan kes hamil anak luar nikahnya yang terdahulu.

“Ada satu part yg aku rasa tak perlu ada dan buat aku cringe teruk sampai aku tak memasal dpt secondhand embarrassment”

“Perlu diingatkan saksi bersekolah setakat form 2. bring us back to that age. cuba ingat word register utk kita golongan marhaen yg bukan bahasa pengantar dlm rumah adalah BI atau campuran BM BI”

“Kosa kata kita takat lagu2 omputih yg kita hafal. betul?”

“Now imagine at that age, kena ambik test depan semua org. cari perkataan tersembunyi dalam medical report yg fully written in english”

“Cari perkataan “bruised”. sbb defense nak buktikan takde dlm medical report pun yg mengatakan bella bengkak”

“Memang la. bengkak tu “swollen”. “bruised” tu lebam. 5 minit habis main hidden word puzzle bila banyak je benda lain patut difokuskan. apa motif yg nak dicapai sbnrnya? bukan susah sgt pun nak cakap “dlm medical report takde pun bengkak”

“Settle”

“Tapi tak. the dancing around “awak tau english? awak faham ke?” berulang2. maybe mengharapkan saksi ranap sbb malu dgn public degradation tu, i dont know, aku sekadar berhipothesis”

“But saksi mmg champion. kena tuduh soal cane pun— kalau dia setuju, dia jawab setuju, kalau tak, dia jawab tak. kena lekeh cane pun dia rilek je. toya je dia”

“Dlm pada defense baca makna bruise dari kamus dewan edisi ke berapa tu, telinga cikgu english aku berdesing dgn mispronunciation dia. his arrogance dgn english diction dia tu tidak sahaja gagal intimidate saksi yg tekun mencari perkataan bruise (yg kemudiannya dibetulkan prosecutors kepada swollen), malah ia juga gagal memenangi hati penduduk di kerusi belakang”

“All it was, was a public display of condescending at its best. it is obviously the fail of the day”

“Saksi terlalu nak dilukis sbg this character yg sengaja nak memburukkan imej seorang ibu mulia bernama defendan. latar belakang saksi yg tidak pandai dan mental capacity saksi yg tidak stable terlalu hendak dibuktikan tiada kelayakan; in contrast to the ever kind defendan yg berkorban segalanya utk anak2 jagaan dia”

“Mungkin sbb dia kecewa dgn saksi tuduh2 dia—ibu mulia tadi instructed the defense to motion—yang mendera bella bukanlah defendan—tapi saksi2 yg menuduh dia”

“Ketika defenden mengarahkan defense utk menekankan bella didera dgn sukarela oleh saksi2 dan bukan atas arahan defenden sebagaimana yg dikatakan—aku tak pelik langsung”

“Ibarat kita kantoikan kawan kita buat tahi,refleks kawan tu pastinya kantoikan kita kembali”

“Dan demi mengukuhkan kelogikan counterclaim tadi, saksi perlu dibuktikan sebagai calon dgn high probability. cukup dgn terbitkan was2– oklah, boleh jadi”

“Caranya? korek masa silam saksi.dan jackpot.mmg langsung susah mana”

“The very reason saksi berada di rumah itu adalah kerana dia adalah sebagaimana biomoms aku; juvana dgn banyak isu”

“Aku faham itu strategi. tolong faham yg sepanjang tulisan aku dari yg pertama, aku faham semua yg dilakukan defense adalah skill kerja dia. aku tak bodoh”

“Cumanya—sbg seorang yg dah hampir 20 tahun dlm pengurusan remaja bermasalah terutama yg mengandung tanpa nikah,ADA BANYAK angle yg perlu difikir SEBELUM kita muntahkan perkataan2 dlm kepala kita”

“Contohnya; JANGAN main petik pasal famili.terutama kalau dgn konotasi “famili pun dah give up dgn kau”

“Aku faham tujuannya adalah utk membuktikan baiknya sang defenden yg sanggup mengutip saksi ketika semua telah membuangnya. lari berkali2, tetap defenden membuka pintunya”

“Lah. mana ada org jahat total. penyamun pun kalau makan mcD akan bayar kat kanter. defenden sendiri tolong beritahu aku surau kat tingkat 6 masa aku tanya semalam”

“Aku perlu korang faham yg bila aku cakap justice for bella mungkin mustahil kat dunia ni—i meant it”

“I mean, look at her and PLEASE tell me keadilan jenis APA yg boleh justify hidup dia? tak ada mak bapak utk tatang timang. dapat penjaga, begini sudahnya”

“Bagitau aku—APA compensation yg layak kita bagi utk bella setelah apa yg kita izinkan jadi pada dia?”

“Kita telah gagal sebagai masyarakat. defense atau prosecutor, siapa pun bakal menang nanti— tak ada keadilan utk bella. itu hakikat sebenar2nya”

“Cumanya, kenapa smlm aku memilih utk menerima kesaksian saksi berbanding hujah defense team— adalah kerana dlm garispandu dari JKM ketika kita tandatangan persetujuan kita menjadi penjaga, anak di bawah jagaan kita itu kita akusumpahkan sebagai tanggungjawab kita”

“Bermakna, pedulilah siapa yg mendera bella— defenden atau saksi— defenden LAH yg perlu bertanggungjawab atas bella”

“Kalaulah bella mmg self harming, atau kalaulah saksi yg mendera tanpa pengetahuan defenden—TIDAK ADA LOGIK utk defenden tak perasan bella dianiaya sbb tengok lah bella. swipe video tu. bagitau aku benda sejelas tu boleh tak diperasankan”

Akhiri Fynn Jamal, meskipun Bella memperoleh pembelaan yang sepatutnya dia dapat kemudian hari, masyarakat sebenarnya sudah ‘gagal’ menjadi seorang manusia dan hal yang mungkin perit untuk ditelan adalah sebenarnya dan sememangnya “tak ada keadilan untuk Bella”.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: Fynn Jamal/Rj