SeteIah Kec0h Janna Nick Game Satu MaIaysia, Kini Dini Schatzmann TampiI B0ngkar Apa Sebenar Yang Terjadi

Status hubungan pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Menjawab mengenai perkara itu, Dini atau nama sebenar Dini atau Dini Azan Schatzmann, 28, berkata luahan hati teman wanitanya itu adalah hal peribadi yang tiada kaitan dengan dirinya.

“Apa yang dilakukan Janna adalah kehidupan peribadinya. Personal dia adalah personal dia, dan personal saya adalah personal saya.

“Maaf saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara ini,” katanya kepada mStar.

Dini berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Nestle’s Harvest Gourmet yang diadakan di Bangsar, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam pada itu, Dini juga enggan mengulas dakwaan kononnya kisah ‘putus cinta’ itu merupakan gimik untuk lagu baharu nyanyian Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner.

Pelakon Cik Reen dan Encik Ngok Ngek itu hanya berlalu pergi ketika disoal mengenai status terkini hubungannya dengan Janna.

Menurut Dini, tujuannya hadir pada pagi ini adalah semata-mata untuk majlis pelancaran Nestle dan dia enggan menjawab soalan yang berkaitan peribadi.

“Maaf, saya hadir hanya untuk acara ini dan tidak mahu menjawab sebarang soalan yang berunsur peribadi,” ujarnya.

Dini masih berteka-teki tentang status hubungan dengan Janna.

Baru-baru ini, Janna menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat apabila dikatakan hubungan cintanya bersama Dini sudah berakhir.

Pelakon wanita itu dikatakan membawa diri ke luar negara untuk menenangkan fikiran dan tidak lagi mengikuti akaun Instagram teman lelakinya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar/achikdia.com