SeteIah Lama Menyepi Tak Bvat HaI, Kini Suhaimi Saad Mvncul & D4kwa PRU Sama Macam Berjvdi, Nekad Tak Akan KeIuar Mengundi

Sebelum ini pernah menjadi bualan hangat para netizen,bekas penyanyi nasyid Malaysia, Mohd Suhaimi bin Saad atau lebih mesra di sapa Suhaimi mengenai pendapatnya yang menafikan bumi bulan dan awan dalam keadaan bergerak.

Selepas reda dengan isu itu, timbul satu isu yang menjadi perhatian para masyarakat mengenai video yang yang tular di laman sosial Tiktok. Video tersebut mengenai pendapatnya yang mengatakan mengundi itu satu perjudian.

Cara Fikir Tak sama

Menerusi video yang dikongsi oleh akaun @matmeow1, Suhaimi mengatakan sekiranya masyarakat berasa mengudi itu wajib, silakan buat dan mengundi. Dia berpendapat cara pemikirannya dengan masyarakat adalah berbeza. Sempat dia menambah bahawa pendapatnya tentang bumi juga berbeza dengan semua orang.

Hampa buat mengundi, hampa rasa itu wajib hampa buat. ss tak fikir macam tu. Aku bumi pun tak sama dengan hampa katanya.

Suhaimi juga menjelaskan bahawa setiap yang keluar calon itu mempertaruhkan wang dan sekiranya kalah, wang yang dipertaruhkan itu akan hangus begitu sahaja. Jadi dia berpendapat perbuatan pertaruhan wang itu sama sahaja dengan perjudian.

hampa tau tak orang yang mengundi keluar calon tu, keluarkan wang pertaruhan. judi tahu tak? yang hang duk sokong , duk pi bela. kalau kalah , hangus. Judi ke tak? judi!- ujarnya

Kalah Mufti-Mufti

Menjengah keruangan komen video tersebut, majoriti masyarakat tidak bersetuju dengan pendapatnya tentang mengundi dan menyindirnya salah tinggal planet.

Tak pe la tuan.. tuan bumi lain kami bumi lain

abang hidup salah planet ni

planet bumi memang kami mengundi bang… kalau planet abang tak tahu la- Sindir netizen

Tertarik dengan komen yang mengatakan pernyataanya itu kalah mufti-mufti yang ada di Malaysia. Ada juga yang bersuara mengatakan wang yang dipertaruhkan akan menjadi hak milik kerajaan,

Maaf tuan..bukan judi tuu sebab yg menang bukan dapat duit yg kalah hangus tu..dapat ke kerajaan..

hebat hang, kalah mufti-mufti

Sekadar info, pada tahun 2005, beliau berundur dari In-Team untuk kembali bernaung di bawah label Hijjaz Records Sdn. Bhd. Namun kini, beliau telah bergerak di bawah pengurusan sendiri iaitu Karya Mosus. Pada tahun 2021, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai penyanyi nasyid dan tidak mahu dikenali dengan gelaran ustaz serta merta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: murai/achikdia.com