Shakila Khoriri Lvah Rasa Kec3wa ApabiIa Banyak Yang Suruh Datang And Support Zoo Negara Tapi Sangat Mengec3wakan

Pelak0n, Shakila Khoriri meluahkan rasa kecewanya selepas berkunjung ke tempat rekriasi iaitu Zoo Negara baru-baru ini.

Menurut Shakila, tempat rekriasi itu sangat mengecewakan selain tidak mempunyai pembaharuan di tahap yang boleh dibanggakan.

“Banyak yang suruh datang and support Zoo Negara tapi how lah nak promote and ajak ramai-ramai datang. Howw?. Dia ibarat kau ajak orang datang rumah ramai-ramai tapi takde hidangan makan minum. Hanya datang. Tak boleh!”

“Cuba lah nak share and support tapi end up hati kecil aku agak kecewa dengan tiada pembaharuan yang dibuat.Keadaan semua sangat menyedihkan. Cuba positive dan cari apa yang lain untuk aku bualkan pada anak-anak tapi takde. Ohhhh… ada panda je lah,” luahnya.

Menerusi hantaran yang sama, Shakila juga mencadangkan pihak pengurusan Zoo Negara seharusnya sudah mula melakukan perbincangan bagi menaik taraf tempat rekriasi berkenaan.

“Saya rasa pihak pengurusan zoo negara dah boleh sit down and do something instead of ajak orang datang ramai-ramai tanpa ada apa yang mengairahkan disitu. Kesian parents. Kesian anak-anak, Maafkan saya tapi siapa yang pernah datang dulu dan kini akan faham apa maksud saya. Sekian,” coretnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen hantaran berkenaan rata-rata pengikutnya bersetuju dengan Shakila selepas melalui pengalaman yang sama.

“Ya benar, dari zaman kecil sampailah beranak empat macam itu je Zoo Negara, tak ada perubahan. Binatang pun dah tua-tua, harimau pun dah tak mampu mengaum lagi. Jadi tak payah pergi pun tak apalah,” luah seorang pengikut.

“Tapi memang betul! Itu hari saya pergi, hampir gila! Dah lah datang dari Melaka semata-mata nak bawa anak pergi Zoo, end up kecewa sangat. Makanan untuk our parents pun tak ada, mana penjualnya pergi. Haiwannya kurang, baik lepak rumah je,” coret seorang lagi pengikut.

“Betul setuju! Tolonglah ada pembaharuan, kesian anak-anak, excited nak datang tapi hambar,” komen seorang lagi pengikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak/achikdia.com