Siapa Sebenarnya Datuk Z Yang Desas Desus Dikatakan Suami Mawar Karim? Saudara Tun M

Usahawan tudung, Mawar Karim dikhabarkan sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Utara tanah air.

Desas-desus tersebut diddahkan seorang net1zen kepada Kosmo! Online menerusi direct message (DM) Instagram.

“Mawar tu dah kahwin di Bukit Tinggi, Pahang,” tulis satu sumber ringkas melalui DM yang ditinggalkan.

Malah, sebuah akaun Tiktok telah berkongsi sebuah video yang memberitahu bahawa Mawar telah sah bergelar isteri kedua individu digelar Datuk Z.

Turut disertakan dengan penddahan tersebut termasuklah beberapa keping gambar pengasas jenama Tudung Fareeda itu dengan tirai latar (backdrop) tertera pangkal namanya dan lelaki berkenaan seperti digambarkan berapa pada hari bahagia mereka.

Antara VIP yang juga kenalan terdekat pengantin yang turut ialah pelakon era 1990-an Mas Anizan serta isteri kepada seorang menteri Kabinet.

“Dia dah 5 Februari,” tambah sumber.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada benar atau tidak keaslian gambar tersebut.Yang jelas, hanya Mawar dilihat berpakaian serba putih seperti lazimnya digayakan pengantin pada hari pernikahan.

Usaha untuk mendapatkan penjelasan Mawar atau nama sebenarnya, Mawar Abdul Karim, 33, juga belum berhasil apabila panggilan telefon dan pesanan yang ditinggalkan di WhatsApp tidak berbalas.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar itu sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang yang berkerjaya seorang ahli perniagaan juga berasal dari Utara tanah air.

Sungguhpun begitu, Mawar ketika ditemu bual enggan mendedhkan status lelaki itu kerana menurutnya, hubungan mereka masih terlalu awal untuk dikongsikan kepada umum iaitu lebih kurang setahun perkenalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Kosmo