Suami Jasmin Hamid Rayu Netizen Henti Kaitkan Jasmin Kahwin Lelaki Muda Dan Terima Komen Luc4h, Saya Nikahi Jasmin Kerana Allah

Sangat melampau! Suami kepada Jasmin Hamid iaitu Nazmir bengang dengan tindakan segelintir netizen yang menulis komen keterlaluan mengaitkan hubungan seksu4l mereka sebagai punca pelakon itu diser4ng penyak1t jantung.

Nazmir atau nama sebenarnya Nazmir Abdul Rahman, 35, yang juga pengurus peribadi dramatis itu merayu netizen berhenti menulis komen berbaur luc4h dan menghormati keadaan isterinya yang masih bertarung ny4wa.

“Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih kepada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri yang masih lagi di CCU kerana ser4ngan jantung”

“Saya mohon hentikan komen-komen sebegini kerana takut bila Jasmin baca bertambah pula sakitnya”

“Kalau tak suka kami, abaikan kami,” tulisnya di Facebook peribadi pelakon berkenaan pada malam Khamis.

Nazmir memuat naik paparan skrin komen netizen

Nazmir turut memuat naik paparan skrin komen netizen yang menuduh perkahwinan mereka sebagai punca wanita itu diser4ng penyakit jantung.

“Sebab kahwin pucuk muda sampai kena heart attack, yang lelaki tu cuci kaki masuk rumah”

“Suami pun tenang-tenang jangan macam kuda, kan dah masuk hospital”

“Akibat suami muda kasihan” demikian antara komen netizen.

Saya mohon hentikan komen-komen sebegini kerana takut bila Jasmin baca bertambah pula sakitnya

NAZMIR

SUAMI JASMIN HAMID

Pada Rabu lalu, Jasmin dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) di Hospital Sungai Buloh akibat ser4ngan jantung.

Nazmir, 36, memberitahu doktor memaklumkan isterinya mengalami ser4ngan jantung itu disebabkan faktor kolestrol dalam badan selain mempunyai sejarah keluarga dengan sakit yang sama.

Jasmin dan suaminya pada sambutan Aidilfitri lalu

Dalam pada itu, Nazmir juga mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesembuhan isterinya.

“Pada yang tak putus panjatkan doa kepada Jasmin, kami ucapkan berbanyak terima kasih dan kembalikan doa-doa baik untuk kalian”

“Kepada yang berkata guna emosi saya serahkan kepada Allah,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Jasmin dan Nazmir mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: mStar/achikdia.com