Syamsul Yusof Akui Hidup Berumah Tangga Penuh Ujian

Dilihat jarang memuat naik perkongsian di media so.sial miliknya, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof berkata dia mahu mengambil masa berehat daripada platform berkenaan.

Syamsul beranggapan media so.sial boleh merosakkan minda apatah lagi seolah menjadi kebiasaan sebaik sahaja bangun tidur pasti akan melihat telefon terlebih dahulu.

“Saya tak tahu orang lain, tapi kita tahu media sosial ini boleh meros.akkan ment.al kita. Sebab tu kadang-kadang saya berehat daripada media sosial.

“Mungkin sebab faktor usia, saya rasa tak okay bila bangun dan nak tid.ur saja, mesti nak tengok handphone. Saya terfikir yang saya kena berpijak di bumi nyata.

“Tapi bila saya tak update apa-apa di IG melibatkan filem atau apa-apa, orang akan mula tanya saya okay ke tak? Orang ingat saya stress. Benda ini sudah menjadi kebiasaan seba itu kita kena ubah mindset,” katanya.

Ditanya mengenai kon.troversi rumah tangganya dengan Puteri Sarah, Syamsul menganggap ianya sebahagian ujian daripada Allah serta akan cuba melakukan yang terbaik untuk keluarganya.

“Hidup ini memang penuh ujian, saya melalui fasa muda, ingatkan bila dah berkahwin, settle semuanya. Tapi sebenarnya ia satu tanggungjawab dan cabaran yang besar.

“Sayaa akan cuba yang terbaik dan termampu. Kita ini manusia, cakap senang. Tapi apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk keluarga saya,” katanya.

Tahun lalu, hangat diperkatakan Puteri Sarah dida.kwa muncul di Peja.bat Ag.ama Islam Dae.rah Gombak. Puteri Sarah dilihat hadir bersama seorang wanita yang did.akwa ibu men.tuanya masuk ke bahagian undang-undang keluarga.

Sebelum ini kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof hangat diperkatakan apabila pasangan itu mengaku sudah hampir tiga bulan tidak tinggal sebu.mbung.

Mengakui masih berhubung dengan suaminya, Puteri Sarah berkata dia dan Syamsul kini dalam dalam fasa berbaik dan mengharapkan doa orang ramai supaya rumah tangga mereka kembali pulih.

“Kami masih berhubung dan kadang-kadang Syamsul datang bertemu anak-anak. Insya-Allah, kami dalam fasa berbaik, tapi dalam tempoh ini harapnya semua dapat berikan sokongan dan mendoakan yang terbaik. Jangan harap perkara buruk berlaku.

“Sudah menjadi lum.rah apabila seseorang jat.uh pasti akan ada individu yang bertepuk tangan, tapi saya tidak akan biarkan perkara itu berlaku,” katanya.

Meskipun rumah tangga berdepan episod duka tahun lalu, namun Sarah mahu terus bangkit serta tidak mahu terus hanyut perasaan sedih. Malah, dia turut mengikuti .kelas agama untuk menjadi insan lebih baik.

“Saya mengharapkan tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik buat saya. Saya juga kini sudah mula mengikuti kelas usrah setiap minggu.

“Bagi saya sebelum nak betulkan orang lain, saya perlu perbaiki diri terlebih dahulu. Alhamdulillah, setakat ini sudah tiga kali saya mengikuti kelas usrah dan banyak pengisian yang saya belajar.

“Malah sepanjang kelas terbabit hati saya jadi tenang mungkin apabila membabitkan majlis ilmu ini ada banyak malaikat dengan kita, jadi Tuhan beri ketenangan itu sehingga saya lupa mengenai hal dunia,” katanya.

sumber: rotikaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut: