Tegar Kant0i Cvrang Dengan Wanita Lain, Belumpun Cukup Sebulan Bercinta Dengan Olla

Belum cukup sebulan menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Olla, penyanyi Tegar Septian dikatakan curang dengan wanita lain.

Olla atau Olla Putri Octaviani mendedahkan perkara itu menerusi laman sosial miliknya dan memilih berpisah dengan Tegar kerana menganggap dia tidak dihargai.

“Jangan ditanya lagi tentang Tegar sebab kami berdua sudah putus! Tolong ya”

Olla memuat naik hantaran tentang status hubungannya bersama Tegar di Instagram.

“Ceritanya yang gatal ialah Tegar! Jadi baik putuskan hubungan sebab rasa tidak dihargai lagi,” katanya.

Olla turut memuat naik video permohonan maaf kepada BabyNa yang dituduh menjalinkan hubungan bersama Tegar dan meminta netizen untuk berhenti menyerang akaun Instagram wanita berkenaan.

Dalam video tersebut, Olla turut memberitahu bahawa akaun Instagramnya sudah disekat oleh Tegar dan tidak mengetahui alasan penyanyi itu bertindak sedemikian.

“Saya minta maaf kepada BabyNa kerana menuduh awak gatal dengan Tegar semalam kerana saya salah faham”

“Selepas mendengar cerita sebenar, saya mengaku salah dan BabyNa tidak bersalah dalam hal ini,” katanya.

Tegar tidak memberi kenyataan balas dan hanya memuat naik hantaran selamat tinggal di Instagram

Sementara itu, Tegar tidak memberi kenyataan balas berhubung isu berkenaan dan hanya memuat naik hantaran singkat di instastory.

“Selamat Tinggal,” tulisnya.

Untuk rekod, Tegar menjalinkan hubungan dengan Olla selepas mengumumkan perpisahan dengan bekas isteri pada Jun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Tempoyak/achikdia.com