Tergamak Rakam Content TikTok Di Pus4ra Arw4h Mohon Respek Keluarga, Anak Pengasas Dnars Dedah Sikap Rakan Baik lbu

Hampir tiga tahun pemergian usahawan komestik, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad. Tanggal 13 Ramadan pastinya diingati buat ahli keluarga kerana tarikh itulah Faziani dijemput Ilahi selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.

Menjelang Ramadan yang bakal tiba kurang dua minggu lagi, anak perempuannya, Irdina Hakim Jasman, 19, meluahkan rasa kesalnya apabila pus4ra ibunya dijadikan sebagai ‘content’ oleh salah seorang rakan arwah di media sosial.

“Jangan gunakan kubur mami saya sebagai content TikTok. Tiga tahun pemergian arwah, baru beberapa kali ambil berat tentang keluarga dan anak dia, jadi tak perlu hipokrit sangat.

“Kawan betul takkan makan kawan walaupun kawan dah tak ada. Kawan betul akan sentiasa ada untuk famili kawan sebagai menghargai,” katanya menerusi luahan di laman sosial.

Luahan Irdina di laman sosial mengenai seorang rakan arwh ibu.

Tanpa mendedahkan identiti individu yang membuat content tersebut, anak perempuan sulung Allahyarham Faziani berharap pihak berkenaan menghormati keluarganya.

“Kalau nak ulas bab rindu, kerinduan darah daging ni lagi sakit. Sebab tu darah daging punya rindu sampai tak boleh terima sesiapa sahaja yang mengkhianati arwh.

“Bukan depan keluarga salam takziah, belakang keluarga minum kopi dengan pengkhianat arwh,” katanya tanpa mendedahkan identiti ‘pengkhianat’ tersebut.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh salah seorang rakan baik Allahyarham Faziani, yang memaparkan pus4ra arwh di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar di Tumpat, Kelantan.

Irdina berharap individu berkenaan menghormati keluarganya.

Walaupun terlalu rindu pada arwh ibu, Irdina yang merupakan pengarah pemasaran bagi produk Dnars menegaskan bahawa dia tidak tergamak untuk membuat content media sosial sebagaimana yang dilakukan oleh individu berkenaan.

“I missed my mom until I had a depress, tapi tak pernah sekali pun I pergi kubur dan letak lagu ‘kemarin engkau masih ada di sini’.

“You boleh buat content TikTok you dengan founder-founder yang berduit, tapi bukan dengan founder yang sudah arwh,” katanya yang merujuk kepada lagu kumpulan terkenal dari Indonesia, Seventeen berjudul Kemarin.

Video tersebut bagaimanapun dipadamkan selepas luahan rasa kesal Irdina di laman sosial.

Kenangan… Irdina (kanan) bersama arwh Faziani. foto instagram irdnar_j

Dalam pada itu, Irdina turut memberi ucapan selamat kepada individu tersebut yang bakal menunaikan umrah.

“Apapun, selamat menunaikan umrah. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan mendapat hidayah. Amin.”

You boleh buat content TikTok you dengan founder-founder yang berduit, tapi bukan dengan founder yang sudah arwh.

IRDINA HAKIM JASMAN

“Buat keluarga dan rakan-rakan dia, tolong screenshot (tangkap layar) ni (hantar) kepada dia dan nasihat sikit. Terima kasih.

“Saya respek semua orang, tapi tak boleh bila mami I dijadikan bahan content,” katanya.

Irdina berharap arwh ibunya tidak dijadikan ‘content’ untuk media sosial.

Pengasas produk Dnars, Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani.

Usahawan itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suami cedera.

Kemalangan tragis yang berlaku dalam bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar