Tiba2 Lelaki Ni Bvat Vide0 R4yu Pada Cef Ammar Masa Tengah Beratur P4njang

Selepas kecoh dengan dakwaan menjual makanan dengan harga mahal, Cef Ammar sekali lagu mencuri tumpuan.

Berbezanya kali ini, isu yang dibangkitkan adalah kuantiti makanan yang perlu dijual buat pelanggan.

Isu tersebut muncul apabila seorang lelaki menegur Cef Ammar supaya tidak menjual makanan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa.

Ini kerana, dikhuatiri orang ramai yang beratur lama di belakang tidak dapat merasai nasi arab premium berkenaan.

“Lebih 10 tak boleh, you kena bagi peluang dekat yang lain-lain juga,” kata individu tersebut menerusi sebuah video yang tular.

Pun begitu, menerusi ruang komen, kebanyakan netizen dilihat tidak bersetuju dengan teguran berkenaan.

Dakwa mereka, Cef Ammar berniaga dan bukannya mengagihkan bantuan makanan.

Oleh itu, setiap pelanggan mempunyai hak untuk membeli berapa saja kuantiti dikehendaki.

“Cef bagi je lah senduk tu, suruh diorang masak sendiri, banyak eh complain itu ini”

“Kedai dia suka hati dia lah”

“Jual banyak pun jadi isu, siapa cepat dia dapat la bang,” tulis beberapa netizen.

Terdahulu, Cef Ammar menerusi satu sesi live di TikTok menerangkan mengapa juadah jualannya mungkin mahal berbanding peniaga yang lain.

Menurut Cef Ammar, setiap bahan yang digunakan untuk memasak nasi arab adalah bahan yang premium dan berkualiti tinggi.

Saiz lamb shank juga menjadi keutamaan buat Cef Ammar supaya pembeli puas untuk makan. Jadi setiap lamb shank perlu lulus piawaian yang ditetapkan oleh Cef Ammar.

Cef Ammar turut berkata, kebersihan dan keikhlasan adalah keutamaan ketika menyediakan juadah

Reaksi netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: asrrogempak