Tidak Berdiam Diri Mak Wafariena Meminta Iqbal Jangan Cetvskan Cinta Tak Wujud, Hentikan PubIisiti Mvrahan

Ibu kepada pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Hamad meluahkan rasa kecewa dengan sikap usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang cuba melibatkan anaknya itu ke dalam gosip cinta sehingga mendatangkan publisiti murahan di media sosial.

Menurut laporan Harian Metro, Suzana mendedahkan pada hari kejadian, dia berada di set penggambaraan bersama anaknya itu dan mengatakan Iqbal terlebih dahulu mahu bergambar bersama Wafariena atau lebih dikenali sebagai Wafa.

“Saya ada di lokasi penggambaran itu dan Iqbal yang minta izin untuk bergambar dengan Wafa. Saya pun benarkan kerana mengambil gambar adalah perkara biasa bagi seseorang artis.

“Tapi, tak tahu pula ia cuba dijadikan modal oleh Iqbal untuk mengaitkan Wafa dengan gosip cinta yang tidak wujud, namun terpalit dengan publisiti murahan sebegitu.

“Kalau betul dia (Iqbal) nak kenal Wafa lebih dekat, kenapa tak beritahu dan tanya pada saya yang ada sama di lokasi berkenaan. Ini terus buat luahan di Instagram dan apa motif sebenarnya?,” katanya.

Terdahulu, perkongsian gambar yang dilakukan oleh Iqbal bersama Wafariena di laman sosial telah mengundang reaksi positif netizen dimana mereka menganggap kedua-dua selebriti itu kelihatan sesuai serta sepadan bersama untuk menjadi sebagai pasangan.

Namun begitu, Wafariena berkata, dia tidak gemar dikaitkan dengan pengakuan usahawan itu yang tiba-tiba mendedahkan mahu mendekati dirinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Hm/achikdia.com