Tidak Mahu Lagi BersekongkoI, Akhirnya KJ Bersvara Gesa Zahid Hamidi Letak Jawatan, Panglima Besar Perlu Ada Marvah

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 semalam mencatatkan rekod terburuk kepada parti Barisan Nasional (BN) selepas hanya memenangi 30 kerusi yang dipertandingkan kali ini.

Zahid Hamidi digesa letak jawatan

Berikutan kekalahan itu juga, sekumpulan ahli UMNO menggesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden UMNO dan juga BN untuk berundur dan meletakkan jawatannya serta-merta.

Malah, beberapa ahli UMNO juga mengumumkan perletakkan jawatan mereka selepas kalah dalam PRU kali ini. Antara yang meletakkan jawatan ialah, Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan dan juga Noh Omar selaku Pengerusi BN Selangor.

KJ mahu reformasi UMNO

Tidak terkecuali, Khairy Jamaluddin menerusi satu posting di akaun Twitter miliknya turut menggesa supaya reformasi UMNO tidak ditangguhkan dan perlu dilakukan dengan segera. Malah, meminta agar presiden untuk undur dari ‘medan perang’.

Apabila kalah dalam peperangan, Panglima besar mesti ada maruah untuk mengambil tanggungjawab. Lebih-lebih lagi bila strategi perang diatur oleh Panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Khairy Jamaluddin/achikdia.com