Tidak Urus Nama Anak Di JPN, Boss Kay Dilihat Bersama Aktres Wanita Di Fashion Show Dan Biar Anak Bini Terabai Buat Netizen Berangin

Baru-baru ini, seorang influencer yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia mendedahkan sikap suaminya yang enggan hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Situasi itu menyebabkan dia terpaksa menamakan anaknya dengan bin nasab Abdullah.

Isu ini juga menyebabkan seorang TikTokers yang dikenali sebagai Boss Kay telah teruk dihentam netizen sehingga dia menghilangkan diri.

Bagaimanapun, netizen berjaya menjejakinya selepas melihat Boss Kay hadir ke acara petunjukan fesyen. Acara itu diadakan di Perak bersama pelakon wanita yang dikenali sebagai Tash Yong.

Meninjau ke media sosial pelakon wanita tersebut, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa dia dan Boss Kay kini sedang menjalinkan hubungan cinta. Namun memilih untuk mengambil pendekatan ‘berahsia’ terlebih dahulu.

Dalam hantaran tersebut, Tash dan Boss Kay dilihat berpimpin tangan dan dilihat mesra dan selesa antara satu sama lain.

Sebelum ini, Cik Pia meluahkan rasa sedih dengan suaminya kerana sempat bersiaran langsung di media sosial. Tapi bagi alasan tidak punya masa hadir ke JPN bagi urusan pendaftaran nama anak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: Kisah Dunia/achikdia.com