Ustazah ViraI Muatnaik Video Terbaru, Sekali Lain Pula Netizen Perasan Siap Ramai Yang Bertanya, BoIeh Ke

Nampaknya pengguna media sosial masih belum berpuas hati dengan penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah selepas menggelar suami dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyambut bayi mereka ketika bersalin.

Terbaharu, nama Siti Afifah hangat diperkatakan sekali lagi namun bukan disebabkan ‘content’ yang didakwa aneh dan pelik. Sebaliknya, rata-rata warganet bertindak viralkan semula video lama yang dimuat naik pada 30 Oktober.

Dalam rakaman itu, Siti Afifah sedang berbicara tentang tanda-tanda kematlan dalam kalangan ahli keluarga. Sedang rancak bercerita, Siti Afifah tidak perasan kuku panjangnya mencurl perhatian ramai.

Netizen mula serbu ruangan komen dengan menyatakan ini kali pertama mereka melihat seorang ustazah membela kuku panjang. Selain itu, ada juga yang bertanya hukum simpan kuku panjang dalam Islam.

Biarpun dihentam teruk namun Siti Afifah kental hati apabila langsung tidak membalas komen sebaliknya tetap meneruskan siaran langsung (live) di TikTok.

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila seorang pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah mengeluarkan kenyataan mendakwa seorang golongan suami ‘dayus’ jika benarkan doktor lelaki uruskan isteri bersalin.

Meskipun pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai dakwaan tersebut namun kenyataan UAI itu dibidas semula oleh Ustazah Afifah.

Terbaru, penceramah motivasi, Amin Idris mendedahkan ustazah tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain.

“Saya dapat info rupanya ustazah ini tidak ada background pengajian agama yang formal. Nak claim dia sebagai agamawan, ilmuan itu agak sukar”

“Kita kena hati-hati daripada mengambil ilmu daripada mereka. Apatah lagi, saya dapati banyak juga kenyataan di media sosial yang sangat misleading”

Sementara itu, menerusi satu video, Amin Idris menekankan dalam prinsip perubatan ada hukum umum dan pengecualian lebih-lebih lagi kepada pegawai perubatan seperti doktor.

“Kita kena ingat, dalam hukum Islam ada prinsip hukum umum dan ada pengecualian. Betul! Prinsip umum doktor lelaki haram melihat aurat pesakit wanita”

Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: aud1r8/achikdia.com