Wakil Rich Works Bagi Satu Cabaran Buat Jebat Derh4ka Sembang Kari Tak Guna Kerana Persoalkan Dr Azizan

Ramai tak perasan ketika dalam perjalanan balik raya ke kampung masing-masing dengan billboard berwarna merah yang tulis RichWorks, di sini lahirnya usahawan jutawan?

Seorang youtuber dengan nama Jebat Derhaka persoalkan billboard RichWorks itu yang dapat dilihat di beberapa kawasan di lebuh raya utama ketika balik raya ini.

Memetik video bertajuk 375 Jebat Derhaka, RichwOrks Sk1m Cepat K4ya? Biar Betul?, dia menyampah dengan billboard yang dapat dilihat ketika dalam perjalanannya.

“Dia ni lagi? Tak habis-habis signboard dia ni, poyo gila”

“Korang tahu tak billboard ni, RichWorks di sini lahirnya usahawan-usahawan dan jutawan. Pergh dia punya sembang, aku pelik la,” persoalnya.

Video itu telah dimuat naik pada Hari Raya Pertama dan telah mendapat perhatian netizen yang juga melihat billboard RichWorks ketika dalam perjalanan balik raya masing-masing.

“Aku nak tanya, ko claim semua itu mana buktinya?”

“Aku nak tahu dia buat apa! Aku nak berjaya dalam bisnes, nak ada simpanan RM1 juta, 10 tahun struggle tau,” katanya lagi.

Tambah Jebat, kalau dia lahirkan usahawan jutawan, dia ni siapa pulak. Dia lagi la bapak punya jutawan.

“Jadi aku nak kenal la kalau boleh, nak tahu dia ni buat apa, produk apa, pengasas dia siapa,” jelasnya.

Malah youtuber itu mengaitkannya, adakah RichWorks ini seperti skim cepat kaya atau pak man telo?

PELBAGAI reaksi dan komen yang mendakwa kononnya Richworks adalah Skim Cepat Kaya

Ketika Jebat Derhaka dihubungi berkata, dia bangkit persoalkan billboard RichWorks itu sebab mendakwa menjadi tempat lahirnya usahawan jutawan.

“Ingat senang ke nak buat bisnes jadi jutawan ni?”

“Kalau senang, mesti dah ramai yang buat bisnes ni jadi jutawan. Aku pun nak pergi belajar kalau betul la,” selorohnya.

Tambahnya lagi, semua orang boleh buat billboard sendiri dan claim sendiri yang mereka ni paling bagus, tempat lahirkan jutawan ke bangsawan ke apa.

“Kalau betul, mana bukti claim yang RichWorks ada,” jelasnya sebelum mengakhiri perbualan

“Ya, RichWorks Memang ‘Skim Cepat Kaya’” – Dr Azizan Osman Sindir Balik Jebat Derhaka, Anggap Diri ‘Tuah’

“Ya, RichWorks memang ‘skim cepat kaya’,” demikian kata motivator dan mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman, menjawab persoalan ditimbulkan YouTuber Jebat Derhaka baru-baru ini

Tegas Azizan, syarikat yang diasaskannya, RichWorks sebenarnya sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di negara membantu bangsa usahawan membina bisnes sampai jadi kaya.

“Dia (Youtuber) sepatutnya ambil video billboard yang lain di sepanjang lebuh raya yang rata-rata merupakan anak didik kami. Bukan jenama syarikat saya sahaja”

“Jenama seperti Eskayvie, Nurraysa, Anggun Cotton, Chocodap’s, Sabella, Noir, Hasnuri dan banyak lagi pun ada di sepanjang lebuh raya,” katanya mengulas mengenai kontroversi video viral Jebat Derhaka.

Tambah Azizan, YouTuber itu boleh menilai sendiri kejayaan anak-anak muridnya menerusi bisnes yang dibina dari kosong sampai bergelar jutawan.

“Pergi dapatkan buku yang kita keluarkan tahun lalu. Bagi ‘adik’ (Jebat Derhaka) ini mungkin baru keluar gua gamaknya. Kita ada senarai 100 usahawan di Malaysia yang RichWorks bina”

“Bukti ini ada dalam buku 100 Usahawan Jutawan. Malah menteri pun ‘endorse’ RichWorks dalam Parlimen. Nampak sangat dia duduk dalam gua, baru keluar balik raya, baru nampak billboard itu, kesian”

“Kemudian cakap itu ini, tanpa usul periksa. Sampai ada cakap semua ini gimik semata-mata,” ujarnya.

“Sembang Kosong, Sembang Kari Tak Guna” – Wakil RichWorks Cabar Jebat Derhaka Sertai Sesi Live Esok!

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd mencabar YouTuber Jebat Derhaka untuk menyertai sesi siaran langsung khas bagi membuktikan syarikat terbabbit benar-benar melahirkan usahawan jutawan di negara ini.

Kata Radz, mewakili Pengasas dan Pengerusi syarikat, Datuk Wira Dr Azizan Osman jemputan itu bagi merungkai persoalan dan kekeliruan netizen berhubung syarikat yang sudah 14 tahun beroperasi itu.

“Oleh sebab Jebat dah persoalkan, wajib untuk kami jawab. Sembang kosong, sembang kari tak guna”

“Saya nak cabar, pelawa Jebat untuk bersama-sama Datuk Wira pada esok (Ahad) pukul 9 malam, sesi khas LIVE dari New York nak tunjukkan bukti di semua platform RichWorks dan Azizan Osman,” katanya dalam sepotong video pada Sabtu.

Tambah Radz, semua netizen dijemput untuk melihat sendiri dalam sesi khas itu pada esok malam.

Semalam, pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman tampil menjawab persoalan ditimbulkan YouTuber berkenaan.

Beliau menjawab ‘kontroversi’ lancang YouTuber itu di Rumah Terbuka ahli keluarganya yang diadakan di kediaman ibu tersayang di Villa Mak Ayah, Taman Kenanga, Tengkera, Melaka.

Tegasnya, RichWorks sebenarnya sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di negara membantu bangsa usahawan membina bisnes sampai jadi kaya.

Terdahulu, Youtuber itu mempersoalkan keberkesanan syarikat RichWorks dan menganggap ia seperti skim cepat kaya.

Hal itu dibangkitkan menerusi deretan billboard RichWorks yang mempromosikan fungsi syarikat itu untuk melahirkan usahawan jutawan.

Seminar Richworks bukan sesi jual air liur semata-mata – GTR Burger

Pengasas GTR Burger, Nordin Mat mengakui seminar anjuran RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) telah berjaya membimbing syarikatnya sehingga mencapai jualan RM1 juta sebulan.

Menurut Nordin, sesi seminar yang dikendalikan Mentor Usahawan Richworks yang juga pengasas syarikat itu, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah banyak merubah pendapatan syarikatnya.

Jelasnya, GTR Burger menyertai program Titanium RichWorks pada Oktober tahun lalu dan jualan syarikat ketika itu sekitar RM100,000 sebulan.

“Namun, selepas sesi program dan seminar yang dikendalikan Dr. Azizan, jualan GTR Burger melonjak hingga RM1 juta sebulan sejak bulan Mac lalu”

“Richworks ini bukan sekadar seminar pemasaran jual air liur tetapi juga sesi ‘coaching’ keseluruhan hidup anda,” jelasnya.

Nordin berkata demikian bagi menjawab tuduhan seorang YouTuber dengan nama Jebat Derhaka yang mempersoalkan papan iklan RichWorks yang dikatakan melahirkan usahawan jutawan dapat dilihat di beberapa kawasan di lebuh raya utama.

Dakwa Youtuber itu lagi, Richworks juga adalah seperti skim cepat kaya atau pak man telo.

Mengulas lanjut, Nordin berkata, dia yakin dengan bimbingan daripada Richworks jualan syarikatnya itu akan terus meroket.

“Jauh beza jika nak banding sekadar pengalaman saya berniaga dah 24 tahun tapi bila masuk sini lain betul pendekatannya,” ujarnya.

Tambah beliau, ketika ini juga ada rakan usahawan jutawan Titanium yang mampu memperolehi jualan sehingga RM1 juta sehari walaupun bermula dari bawah.

“Bahkan kebanyakan usahawan yang berjaya hari ini adalah bermula dari kosong dan tidak pandai berniaga sebenarnya”

“Tapi mereka yakin dan percaya kepada proses yang dilalui dalam perjalanan ini, tidak ada yang mudah dan percuma untuk berjaya,” tegasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: astro gempak, KOSMo