Wawa Zainal Tak Manjakan Anak Dengan Wang Ringgit

Pelakon Wawa Zainal berkata dia tidak pernah memanja.kan anak-anak dengan wang ringgit malah membenarkan anak keduanya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa Suhairil untuk menceburi bidang lakonan.

Menurut Wawa, jika anak-anaknya inginkan duit lebih mereka perlu bekerja keras. Ujar.nya, dia dan suami, Aeril Zafrel tidak pernah biasakan anak untuk dapat apa yang dimahukan.

“Kami (dia dan Aeril) tak pernah manjakan anak. Kalau mereka nak sesu.atu nak beli itu ini, kami tak pernah biasakan apatah lagi menjanjikan, senang-senang dapat segala-galanya. Kalau dia nak, dalam sebulan, saya akan bagi peruntukan RM100.

“Kalau dia rasa tak cukup, saya cakap cari duit sendiri. Hayla pun terf.ikir nak berlakon sebab neneknya selalu bergurau cakap pergilah berlakon nanti bagi nenek duit sikit, bergurau macam itu,” katanya.

Dalam pada itu, Wawa berkata projek lakonan sulung anaknya itu masih belum muk.tamad lagi kerana memikirkan bakat Hayla perlulah diasah terlebih dahulu.

“Projek lakonan yang dia mungkin terlibat masih belum muktamad. Saya tak nak meny.usahkan kru dan pelakon-pelakon lain di set penggambaran.

“Kalau bakatnya boleh diasah, mengapa tidak. Sebulan sebelum penggambaran, saya akan panggil ‘acting coach’. Kalau lepas itu dia okey, silakan. Kalau rasa tak boleh, kita tarik diri,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi satu perkongsian Wawa berkata Hayla akan terlibat dalam satu drama bergandingan dengan pelakon Syukri Yahaya, Nabila Huda, Amerul Affendi dan Adlin Aman Ramli.

Kata Wawa lagi, Hayla sanggup berse.ngkang mata meneruskan sesi pen.ggambaran dari pagi sehingga malam, semata-mata mahu mengumpul duit poket sendiri bagi membeli aksesori Toca Boca.

sumber: rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut: