4kibat Kes4n Radi4si, Akhirnya Suhaimi Saad JeIaskan Kenapa Tak BeIi TeIefon Untuk Anak

Penyanyi nasyid Suhaimi Saad tampil berkongsi tips dalam menjaga anaknya daripada terpengaruh dengan penggunaan gajet melampau.

Perkongsian itu dibuat Suhami menerusi satu posting di akaun TikToknya

Menurut Suhaimi, buat ketika ini kesemua anak-anaknya tidak mempunyai keperluan untuk ke sekolah memandangkan mereka belajar secara ‘homeschooling’.

“Ramai tahu anak SS (Suhaimi Saad) tak ke sekolah dan mereka belajar secara homeschooling di rumah”

“Jadi mereka tiada keperluan sangat untuk PdPR atau untuk hubungi ibu ayah semua”

“Pergi mana-mana pun dengan ibu ayah, jadi tak ada keperluan sangat”

“Tapi mereka boleh guna telefon ibu ayah dengan pantau semua kalau nak tengok YouTube or nak belajar,” katanya.

Jelasnya, dia juga sedar penggunaan gajet khususnya telefon pintar mempunyai beberapa kesan buruk.

“Kita tahu yang telefon ni ada kesan radiasi tak berapa elok untuk anak-anak”

“Kalau budak-budak tengok seronok TikTok, game, jadi minat untuk belajar tu kurang”

“Tapi InsyaAllah, bila sampai masa dan keperluan SS akan belikan,” katanya.

Sekadar info, Suhaimi berkahwin pada pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Video:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak