4kibat Menyeb4r Kenyataan Mengenai Perkahwinannya Dengan Ira Kazar, Akhirnya Syamsul Saman JAWI RM10 Juta

Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof akan mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebanyak RM10 juta kerana telah menyebarkan kenyataan tidak benar tentang dirinya.

Syamsul mengumumkan perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuatnaiknya di akaun Instagram.

“Saya saman pihak JAWI RM10 juta kerana telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu kepada keluarga bahawa saya berkahwin lagi. Ya ia fitnah!” tulisnya.

Beberapa hari kebelakangan ini kecoh berita mengenai perkahwinan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu bersama Ira Kazar yang juga anak kepada aktor senior, Kazar Saisi.

Ia ekoran tindakan isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah berkongsi mesej kiriman netizen yang memberitahunya bahawa Syamsul telah berkahwin dengan Ira.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: BOOM/achikdia.com