Adam Shahz Tervk Dib4han Dan Ditvduh Mer0yan Kerana Mvatnaik Vide0 Di Laman Tikt0k, Untung Sana Dapat Jutawan

Ramai yang tidak menyangka, pelakon jelita, Fatin Afeefa sudah kembali bergelar isteri kepada dengan seorang jejaka dikenali sebagai Aliff Awang pada malam Jumaat, 30 Disember.

khabar gembira itu juga turut disambut baik bekas suami Fatin iaitu pelakon Adam Shahz yang meluahkan rasa syukur atas perkahwinan tersebut namun, sempat menitipkan pesanan buat bekas isterinya itu mengenai tarikh perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak pada 26 Januari nanti.

Bagaimanapun, menerusi video lama yang dimuat naik oleh Adam di laman TikToknya, netizen telah menyerang pelakon tersebut dengan ‘memerli’ halus susulan perkahwinan diantara Fatin bersama suami baharunya.

Sepadan betul Fatin dan suami

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan Fatin Afeefa telah membuat keputusan yang baik dalam memilih pasangan hidup yang baharu dan mereka dilihat serasi hidup bersama.

Tidak cukup dengan itu, ramai yang memuji bekas isterinya sangat cantik pada hari pernikahannya serta menzahirkan ucapan tahniah atas perkahwinan yang berlangsung baru-baru ini.

Ada yang koyak?

Bukan itu sahaja, netizen mendakwa pelakon yang berusia 41 tahun itu ‘meroyan’ serta dilihat masih tidak ‘move on’ bahawa bekas isterinya telah menemui pilihan hati yang baharu.

Bagaimanapun, sudah tiba masanya netizen berhenti untuk melemparkan sebarang kritikan dan cemuhan terhadap Adam dan biarkan pelakon tersebut bahagia dengan cara yang tersendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: tt adamshahz/achikdia.com