Adibah Noor Ditarbiah N3tizen, Anggap Tak Dapat Job Sebab, Tvhan Tvtup Rezeki Kau Sebab Asyik Kec@m Orang

Pelakon dan penyanyi Adibah Noor meluahkan rasa kesal terhadap pengguna di Twitter yang melemparkan tuduhan tidak berasas terhadapnya baru-baru ini.

Adibah yang berkongsi keluhan terpaksa melepaskan dua tawaran di Johor ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilabelkan pengguna terbabit sebagai hukuman atas perbuatannya.

“Ya Allah, baru nak dapat kerja. Ada dua kerja di Johor Bahru minggu ini. Saya sangat sedih Ya Allah,” ciap Adibah.

Kemudiannya, ciapan Adibah itu dibalas oleh pengguna terbabit

“Tuhan tutup rezeki kau sebab kau asyik kecam orang. Kalau kau mind your own business dan kekal fokus pada perkara positif mungkin ramai sudah tawarkan kau buat paid review”

“Tak payah kau sibuk nak pergi Johor. Tapi kasihan mulut kau tak jaga sebab itu tak ada pemilik produk yang nak tawarkan kau buat paid review,” tulis pengguna berkenaan.

Balas Adibah, dia terpaksa tidak mengambil wang hasil daripada review produk kerana simpati dengan peniaga kecil.

“Wow, dia lebih tahu akan perancangan Allah. Sian dia”

“Dia tak tahu sebenarnya saya banyak turn down paid review sebab tak sampai hati nak ambil wang daripada peniaga-peniaga kecil”

“Semoga Allah membalas habuan yang setimpal dengan niat dan tujuan insan yang tweet ini untuk saya”

“Kepada yang beri kata-kata semangat, empati serta idea atasi masalah, terima kasih banyak”

“Kepada yang mempersenda, caci maki dan berpuas hati atas kesusahan orang lain, saya doakan kalian tidak ditimpa apa-apa kesusahan,” jawab Adibah.

Bagaimanapun, pengguna terbabit telah menukar mod privasi akaun berkenaan selepas identitinya yang sering mengulangkicau visual pornografi didedahkan Adibah.

“Tadi dia terguna akaun personal, sekali penuh dengan porn. Dah terciduk, terus tukar akaun cytro. I may be a joke, i may be a clown, but you are pathetic!” tulis Adibah lagi.

Sebelum ini juga beliau teruk dikecam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak