Akhirnya Aaron Aziz Beri 4maran Ker4s Kepada Sharnaaz Svpaya Jangan Campvr lsu Dengan SyamsuI

Pelakon Datuk Aaron Aziz memberikan amaran terhadap pelakon, Sharnaaz Ahmad yang memberi reaksi terhadap konflik antara Aaron dan pengarah, Syamsul Yusof.

Memetik Utusan Online, Aaron berkata dia tidak mahu orang luar yang tidak berkenaan memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

“Cakap dekat dia (Sharnaaz Ahmad), jangan masuk campur. Kepada yang tidak terlibat dengan produksi (filem The Original Gangster), jangan bagi kenyataan. Jangan masuk campur. Kalau nak (masuk campur), jumpa saya dulu,” katanya.

Terdahulu, Aaron berkata dia tidak akan bersemuka dengan pengarah sensasi itu selepas dilarang isterinya, Diyana Halik.

Aaron berkata dia akan mengikut seperti yang dipinta isterinya serta mengatakan bahawa rezeki bukannya terletak di tangan manusia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: Utusan/achikdia.com