Akhirnya Ameng Bersvara Tentang Permintaan Yasin Kaji Semula 4kta D4dah Adalah Tidak Wajar

Baru-baru ini, penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menambah baik undang-undang lapuk terutama kes berkaitan dadah.

Bagaimanapun, penyanyi kumpulan Spring iaitu Ameng menyifatkan permintaan Yasin agar kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula adalah tidak wajar.

Memetik Harian Metro, Ameng yang pernah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas kesalahan dadah pada 2011 berkata ganja yang tergolong dalam kategori dadah adalah mengkhayalkan dan bukannya ubat untuk menyembuhkan penyakit.

“Ganja itu dalam kategori dadah. Kalau nak cakap membantu dari segi perubatan banyak alternatif lain untuk tujuan itu. Kenapa nak kena gunakan ganja? Ganja itu menghayalkan dan bukannya ubat. Saya tahulah, sebab saya pernah terbabit dengan ganja”

“Ganja itu bukan ubat untuk menyembuhkan penyakit. Kalau nak berubat pergi jumpa pakar dan ambil ubat terkawal. Baru betul untuk perubatan. Kalau betul sakit, kenapa tidak ke hospital dapatkan rawatan? Kenapa perlu ke arah benda tu (ganja),” katanya.

Menurut Ameng lagi, dia turut mempersoalkan bagaimana dengan pesalah yang sudah dijatuhkan hukuman atau sedang menanti hukuman termasuk pesalah yang dijatuhkan hukuman gantung jika undang-undang tersebut dikaji semula.

“Kalau dia (Yasin) kata nak minta kerajaan mengkaji semula undang-undang sedia ada, nak cakap apa kepada keluarga pesalah yang sudah dijatuhkan hukuman sebelum ini? Dalam penjara tu ada beratus yang ditahan atas kesalahan sama dan sedang menanti hukuman. Apa perasaan mereka dan keluarga mereka?”

“Macam saya yang sudah kena penjara dan 10 kali sebatan, apa perasaan saya? Buat yang kena gantung dan penjara seumur hidup, apa cerita?” katanya.

Dalam pada itu, Ameng berkata dia tidak bersetuju undang-undang tersebut dikaji semula serta berpendapat jika hukuman dilonggarkan ia hanya akan menambahkan jumlah jenayah dan penagih dadah.

“Kalau kata nak longgarkan undang-undang, habis jenayah macam mana? Adakah makin kurang atau bertambah? Sedangkan hukuman sedia ada pun orang tak takut. Malah, ada yang pernah dihukum dan kena sebat tak serik lagi. Masih buat jenayah sama dengan keluar masuk penjara”

“Saya tidak bersetuju jika nak bubar dan kaji semula undang-undang ini. Saya reda degan hukuman yang dijatuhkan sebab saya tahu saya memang bersalah,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: rk/hm/achikdia.com