Akhirnya Atu Zero Jawab Kontr0versi ApabiIa BeIiau Kata Nabila Razali Tak BoIeh Nyanyi Live, Saya Cakap Benda BetuI

Susulan gurauan pelawak, Atu Zero mengatakan Nabila Razali tidak boleh menyanyi secara live di program The Masked Singer 3 ternyata membuatkan penyanyi itu terasa hati.

Menurut Nabila, gurauan tersebut mungkin kelakar bagi sesetengah orang namun tidak bagi dirinya yang cuba sedaya upaya untuk menjadi penyanyi yang bagus.

Memetik mStar Online, Atu berkata dia sudah menghantar mesej permohonan maaf kepada penyanyi itu menerusi DM di Instagram namun tidak berbalas.

“Saya dapat tahu hal tersebut apabila ada orang maklumkan kepada saya. Mungkin peminat dia. Jadi saya terus DM (direct messege) dia mohon maaf. Dia tidak balas mesej tersebut”

“Mungkin dia tengah marah, jadi berikanlah masa dahulu. Kalau selepas ini marah lagi saya akan ulang minta maaf,” katanya.

Mengakui kesilapannya itu, Atu berharap agar komen yang diberikan itu dapat dijadikan sebaia pembakar semangat untuk Nabila terus menjadi lebih baik di masa akan datang.

“Daripada segi kata-kata memang saya salah. Namun melihat pada sudut berbeza, anggaplah ia sebagai pembakar semangat untuk dia menyanyi lebih baik ketika membuat persembahan live selepas ini”

“Apa yang saya cakap ketika program itu bukannya tak betul. Perkara itu pernah viral sebelum ini. Jadi saya cakap sahajalah,” katanya.

Dalam pada itu, Atu berkata dia akan lebih berhati-hati selepas ini ketika berlawak kerana ada bahan lawak boleh diterima namun ada yang dianggap sensitif.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar/achikdia.com