Akhirnya BCL Mengakv Dah Terbvka Hati SoaI Jodoh Tapi Bandingkan Tiada Siapa Mampu Ganti Arwah Ashraf

Enggan terus merapati kesedihan, penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL membawa semangat arwah suami iaitu Ashraf Sinclair yang menjadi sumber kekuatan dalam kehidupannya.

Menurut laporan Harian Metro, BCL berkata, konsert sulungnya di Malaysia yang akan berlangsung pada Januari tahun depan adalah antara impian yang mahu dilakukan Allahyarham.

Penyanyi berusia 39 tahun itu berkata, hasrat arwah suami diketahuinya selepas didedahkan oleh pengurus acara, Iman Tang pada tahun ini.

“Saya putuskan komunikasi dengan orang luar agak lama dan tahun ini baru dapat bercakap dengan Iman. Sehinggalah diberitahu olehnya dan saya harus pastikan ia berlaku (konsert)”

“Ini impiannya dan saya sendiri tapi saya yang kena jadikan ia pasti. Dengan bantuan rakan-rakan di sini, saya ingin lakukan sesuatu yang akan memberikan impak dan kembali menyapa peminat-peminat di Malaysia”

“Berkongsi cerita hidup kerana mungkin banyak yang mereka terlepas selepas terputus komunikasi. Jadi ini masa yang tepat untuk saya berkongsi mengenai kisah saya,” katanya.

Semakin ceria dan reda atas kehilangan tersebut, BCL mengakui berat untuk menerima bahawa anak lelakinya Noah kini tidak dapat lagi merasa kasih seorang bapa.

“Yang berat buat saya adalah menerima bahawa Noah tidak punya bapa. Ia sangat sulit. Untuk saya sendiri kehilangan suami pun, saya berusaha untuk cuba menerima”

“Tapi, menjadi ibu yang anaknya tiada bapa, betul-betul sukar. Kalau ada sambutan Hari Bapa di sekolah, saya tak tahu buat apa”

“Saya cuma bincang dengan Noah mengenainya sama ada dia nak pergi atau tidak tapi dia sendiri kata tidak”

“Pada sisi lain, saya harus tetap cari rezeki dan membesarkannya sendirian. Ia bukan mengenai diri saya saja, saya ada keluarga, pengurusan, dan kena berjalan terus sambil menjadi ibu terbaik buat Noah,” ujarnya.

Ketika ditanya soal jodoh, penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu menegaskan bahawa lelaki yang ingin mendekati dirinya perlu memahami bahawa Ashraf tetap di hati selamanya.

“Kalau faham itu, barulah boleh cuba berkawan dengan saya. Kalau pasal membuka hati, tergantung bagaimana pendekatan seseorang itu kepada saya”

“Tapi ia takkan sama lagi. Saya bukan mencari pengganti, tiada siapa akan mampu menggantikan. Kalau nak jadi kawan untuk berborak, saya okey kerana dulu kan lapan bulan saya berdiam”

“Namun saya takkan paksa diri untuk menemui seseorang tapi tak halang diri untuk bertemu seseorang. Saya cuma ikut apa yang ditakdirkan Allah, saya akan kena tetap jalani hidup,” kongsinya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: hm/Ig BCL/achikdia.com