Akhirnya Bunga Citra Lestari Tayang Lagi Untuk Bvat Netizen Faham Tapi Ramai PuIa Yang Perasan Sesuatu

Selepas menjadi mangsa ‘body shaming’ kerana memiliki perut buncit dan dituduh sedang hamil, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) berkongsi foto terbaharu dengan kapsyen sarkastik di media sosial.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Bunga, 39, dilihat memakai pakaian senaman yang menampakkan bahagian perut.

Sambil menunjukkan perutnya, Bunga berkata postur tubuh dan sudut kamera membuatkan perutnya nampak sedikit buncit.

“Buat yang belum faham…” tulisnya di kapsyen.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut menyokong BCL menyokong tindakannya menerangkan mengenai perkara itu.

Bunga menjadi mangsa ‘body shaming’

Namun, ada juga yang berpendapat Bunga tidak perlu menerangkan kepada netizen mengenai hal itu.

“Penerangan yang bijak. Beritahu mereka hal sebenar”

“Nah, dijawabnya dengan bahasa tubuh. Semua fahamkan sekarang?”

“Nope, anda tidak perlu menjelaskan kepada mereka,” tulis netizen.

Faktor usia menjadi punca perutnya kelihatan sedikit buncit

Sebelum ini, Bunga menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya hamil gara-gara kelihatan buncit. Penyanyi ini memberitahu hal itu adalah kerana disebabkan faktor usia dan pemakanan.

Sblm ini Foto perut buncit Bunga Citra Lestari tersebar, peminat petik nama Aeril Noah

Memetik laporan Insertlive, ramai membuat spekulasi penyanyi itu sedang hamil ekoran perutnya jelas kelihatan besar ketika mengenakan baju T putih yang dipadankan dengan seluar leging.

Gambar BCL dirakam ketika penyanyi itu sedang menjalani sesi pemeriksaan suara di sebuah konsert di Medan, Sumatera Barat.

Perut buncit BCL jadi bualan netizen

Lebih hangat, ada segelintir percaya BCL sedang hamil dan mengaitkan nama vokalis kumpulan Noah iaitu Aeril yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan penyanyi tersebut.

“Semakin besar perut BCL. Dia dengan Aeril, kan? Kita tunggu beberapa bulan lagi,” komen netizen.

Bagaimanapun, ada mendakwa bentuk perut penyanyi berkenaan sememangnya sedikit buncit dan ramai menyangkal BCL sedang hamil.

“Perut aku pun akan buncit kalau banyak makan. Perut dia memang macam itu daripada dulu lagi”

“Mungkin dia sedang bahagia dan banyak makan… tak salah pun perut buncit,” komen netizen lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar/achikdia.com