Akhirnya Diana Danielle Mengaku Bahawa Beliau Sudah Pudar Dan Tiada Rasa Cinta Pada Suaminya Farid Kamil

Pelakon Diana Danielle memberi bayangan bahawa suaminya Farid Kamil tidak mengenali dirinya apabila menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Diana berkata rasa cintanya juga sudah pudar dan tidak lagi boleh menanggung kesakitan dan membiarkan dirinya terus dilukai.

“Jika awak fikir sejenak saya ada lelaki lain, itu adalah bukti asas awak tidak mengenali saya dengan baik”

“Selepas rasa cinta terhadap awak sudah pudar, hati saya tidak boleh lagi menanggung untuk biarkan orang lain menghancurkannya,” katanya.

Terdahulu, Farid membuat permohonan maaf kepada Diana selepas membuat tuduhan wujud orang ketiga sehingga isterinya itu sanggup memfailkan perceraian.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: achikdia.com/rk