Akhirnya Didie Alias PerjeIas Ke4daan Sebenar SeIepas Ditvduh Abaikan Sahabat, Saya Tak Abaikan Enot, Cuma Dia

Artis versatil, Didie Alias, mengakui tidak pernah mengabaikan sahabatnya, Enot, cuma sudah lama tidak berhubung disebabkan pelakon itu tiba-tiba menjauhkan diri.

Menurut Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd @ Ali, 50, disebabkan sudah beberapa bulan tidak bertanya khabar, dia tidak tahu keadaan terkini Enot yang dikatakan s4kit selepas terjatuh dalam bilik air.

“Selepas itu, dia terus ‘hilang dari radar’. Saya pun tidak tahu yang dia sudah berpindah ke Melaka”

“Bukan hanya saya, kawan-kawan lain pun tidak tahu bila dia berpindah kerana ingatkan Enot masih menetap di Kuala Lumpur. Kebetulan, saya pula sedang sibuk dan baru pulang dari acara di Singapura,” katanya.

Didie berkata, dia mendapat tahu mengenai keadaan Enot yang berdepan masal4h kesihatan daripada ibunya menerusi perkongsian di Facebook.

“Bayangkan, saya dapat tahu dia s4kit daripada orang lain, bukan dari mulutnya sendiri. Enot kena beritahu kondisinya bagaimana”

“Saya tidak mahu orang ingat saya mengabaikannya kerana ramai tahu kami bersahabat baik. Mereka akan tanya di mana Didie?”

“Kenapa tidak buat sesuatu untuk bantu sahabat sendiri? Walhal orang tidak tahu dia yang jauhkan diri, orang tidak faham situasi sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya sama ada mereka mempunyai masal4h, Didie berkata, sepanjang mengenali sahabatnya itu, sudah beberapa kali Enot berkelakuan seperti itu.

“Saya tidak tahu kenapa dia seperti menjauhkan diri. Tapi dia memang begitu, ada kala lama tidak berhubung dan menyepikan diri. Selepas itu, dia muncul semula”

“Saya pula memang sibuk kebelakangan ini dan tidak berkesempatan menghubungi dia. Tapi saya tahu, kalau orang tidak dapat cari dia, memang akan cari saya. Masalahnya sekarang, saya sendiri tidak tahu dia tinggal di mana dan bagaimana keadaannya”

“Dia pun tidak beritahu atau kongsikan hal itu dengan saya, jadi saya memang tidak tahu. Saya juga tidak pasti sejauh mana dia dalam keadaan memerlukan,” katanya.

Terdahulu, menerusi satu perkongsian di Instagram, Enot memaklumkan, bakal menjalani pembedah4n tulang belakang akibat terj4tuh dalam bilik air.

Enot berkata, tulang belakangnya berm4salah kerana terkena saraf dan berkemungkinan perlu dibed4h, selain memohon sumbangan daripada rakan-rakan yang mengenali.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: utusan/achikdia.com