Akhirnya Ira Kazar Ded4h Sesuatu Yang Ramai Tak Tahu, Rupanya Ramai Tert1pu

Sebelum ini kecoh anak kepada pelakon veteran, Ira Kazar diberi masa sebulan untuk memasukkan pembelaannya di Mahkamah berhubung saman yang dikemukakan oleh isteri pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Memaklumkan perkara berkenaan, peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon yang lebih dikenali sebagai Puteri Sarah selaku plaintif berkata, mahkamah memberikan ruang waktu itu kepada Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin selaku defendan.

“Jika perlu jawab, kita akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara.”

“Mahkamah kemudian menetapkan 23 Ogos depan untuk pengurusan kes selanjutnya,” katanya ketika ditemui selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Menyentuh perintah interim injunksi ex-parte (sebelah pihak), Akberdin berkata, mahkamah turut mengekalkan perkara itu iaitu defendan diperintah berhenti daripada mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah di media sosial.

Selain Akberdin, pelakon filem Lu Fikirlah Sendiri De Movie dan drama Sabarlah Duhai Hati itu turut diwakili peguam Siti Natasha Basheer Hassan dan Ummi Kartini Abd Latiff.

Ramai yang ingin tahu tentang dirinya dan mencari berita tentang beliau di media-media sosial. Beliau juga ada memesan kepada netizen

“Jangan salah orang”

Itu pesan Ira Kazar yang menegaskan dia hanya memiliki satu akaun TikTok iaitu @irakazar.

Dia yang juga anak pelakon Kazar Saisi bagaimanapun mengakui kurang aktif berkongsi perkembangan menerusi platform itu.

“Ya memang tak aktif pun sebab saya pemalas. Jadi, saya malas kemas kini,” ujarnya.

Rasanya, asal ada nama Ira Kazar pun dah cukup untuk netizen serbu dan hentam berjemaah, kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: cari/achikdia.con