Akhirnya lni Kata-Kata Padu PemiIik Kedai Emas Dimana Tempat SyamsuI & Kazar Seronok PiIih Barang Kemas

Bagai tidak berpenghujung, ada saja isu sensasi membabitkan rumah tangga pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dengan isterinya, Puteri Sarah.

Terbaru, tular video Syamsul bersama pelakon veteran, Kazar di sebuah kedai emas yang memicu pelbagai reaksi netizen lebih-lebih lagi selepas Puteri Sarah menfailkan saman ke atas Ira Kazar yang didakwa menjadi pengganggu hubungan rumah tangganya.

Ekoran itu, mStar cuba mendapatkan reaksi pemilik kedai emas di Ipoh, Perak di mana lokasi rakaman berlaku, namun gagal.

Wanita dikenali sebagai Rozita yang dipercayai pemilik kedai emas berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai rakaman tular itu.

Sementara itu, salah seorang kakitangannya dikenali sebagai Ruzaimi memaklumkan Rozita sedia maklum mengenai kehadiran sekumpulan kru produksi ke premis berkenaan untuk melakukan sesi penggambaran.

“Namun harap maaf beliau tidak mahu mengulas mengenai video terbabit,” katanya ketika dihubungi mStar, semalam.

Malah, Ruzaimi sendiri tidak mengetahui apa tujuan babak itu dirakam, sama ada gimik pemasaran atau sebaliknya.

“Maaf saya tidak tahu mengenai perkara itu. Saya sendiri tiada di tempat kejadian ketika penggambaran dibuat,” jawabnya.

Yeke gimik saja?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Cari/achikdia.com