Akhirnya Neelofa Bvka MuIut Dakw4an Nabila Dan Engku Emran Nak Berc3rai, Saya Tidak Mahu Mengervhkan Keadaan

Selebriti popular, Neelofa enggan mengulas mengenai dakwaan kakaknya, Noor Nabila dan suaminya, Engku Emran bercerai.

Memetik BH Online, Neelofa berkata dia tidak mahu memberikan komen yang boleh mengeruhkan keraan serta menghormati privasi kakaknya.

“Saya tak nak komen apa-apa. Lebih baik, saya mendoakan yang terbaik sahaja. Sebagai adik-beradik, sudah tentu saya tidak mahu mengeruhkan keadaan,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila sumber rapat pasangan itu mendakwa Nabila dan Engku Emran dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan dalam proses perceraian.

Malah, turut menjadi bualan apabila kelibat Engku Emran juga dikatakan tidak kelihatan ketika Nabila berangkat menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: bh/achikdia.com