Akhirnya Ning Baizura TampiI JeIaskan ApabiIa TuIar Gambar Separvh Alb Di Statvs Facebook BeIiau

Sejak kebelakangan ini ramai yang berasa pelik dengan perkongsian penyanyi Ning Baizura di Facebook Story miliknya yang memuat naik gambar wanita dalam keadaan separuh bog3l

Pada awalnya, ada menyangka penyanyi lagu Awan Terpilu tersebut menjual pakaian dalam wanita namun mula berasa pelik kerana Ning tidak pernah memaklumkan apa-apa mengenainya sama ada di Facebook atau pun Instagram.

Bercakap kepada mStar, Ning berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu minggu lalu ketika sedang giat menjalani latihan persembahan bersempena Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MiFFest).

Ning berpesan kepada peminat agar tidak terperdaya dengan Facebook menggunakan namanya.

“Minggu lepas ketika saya sibuk membuat latihan MiFFest, tiba-tiba ada orang hantar gambar ini”

“Saya sebetulnya tidak ambil pusing kerana ketika itu banyak perkara lain perlu saya lakukan seperti menghafal lirik dan sebagainya,” katanya.

Untuk rekod, Facebook itu dibuka sejak Oktober 2008 dan mempunyai 200,000 pengikut dengan kemas kini akaun itu pada Mei tahun ini.

Dalam pada itu, Ning menjelaskan dia tidak pernah mempunyai sebarang akaun rasmi atau pun kelab peminat di Facebook malah peminat setianya mengetahui tentang perkara itu.

Atas dasar itu juga, Ning meminta peminat atau orang ramai tidak terperdaya atau memberi sebarang maklum balas terhadap akaun itu agar tidak menjadi m4ngsa penlpuan.

“Peminat yang lama mengikuti perkembangan saya, mereka tahu saya tiada sebarang akaun rasmi atau kelab peminat di Facebook”

“Segala komunikasi dilakukan di Instagram sama ada bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat”

“Individu tidak bertanggungjawab itu sudah hampir setahun melakukan perkara itu. Saya tidak pernah ada sebarang akaun Facebook,” jelasnya.

Antara gambar wanita separuh b0gel yang dimuat naik di Facebook Story menggunakan nama Ning Baizura.

Pun begitu, Ning tidak berniat untuk memanjangkan lsu berkenaan atau pun mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun berkenaan.

Jelas Ning, dia enggan membuang masa dengan menghabiskan masa dan tenaganya untuk perkara-perkara remeh.

“Apa kata kita gunakan akal dan tenaga ditempat lain. Orang itu mungkin inginkan perhatian saya. Saya tidak mahu mencuit hati orang itu sedikit pun,” katanya.

Sedikit info Ning Baizura,

Ning Baizura Sheikh Hamzah (lahir 28 Jun 1975) atau lebih dikenali dengan mononim, Ning ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.

Dilahirkan di Kajang, Selangor, beliau memulakan kerjaya muzik pada usia 17 tahun setelah memenangi tempat ketiga di pertandingan Voices of Asia yang berlangsung di Kazakhstan.

Beliau menandatangani kontrak bersama pelbagai label rakaman termasuk Sony Music dan telah menerbitkan sebanyak 12 album studio.

Dikenali sebagai penyanyi bersuara soprano dan kehebatan vokalnya yang versatil dan unik, antara lagu-lagu yang menjulang nama Ning ialah “Curiga”, “Kau dan Aku”, “Asmara”, “Kembali”, “Selagi Ada… (Cinta)”, “Awan Yang Terpilu” dan “Bukan Wanita Sempurna”. Selain bidang muzik, Ning juga berkecimpung dalam bidang lakonan.

Antara filem-filem lakonannya ialah Gemilang (1997), Maria Mariana II (1998), Mimpi Moon (2001), Lady Boss (2005) dan Diva (2007). Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam industri muzik dan lakonan, termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Pada tahun 2001, Ning Baizura telah mencipta rekod tersendiri apabila beliau menjadi artis Malaysia pertama menandatangani kontrak dengan stesen televisyen Singapura, sekaligus menerima pengiktitafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR).

Selain itu, Ning juga pernah menjadi duta untuk beberapa jenama terkenal dan model untuk pelbagai produk.

Antaranya seperti Adidas, Guess, Christian Dior, The Charat Club, Formula One, Time, Sony, Imedeen dan banyak lagi. Beliau merupakan artis pertama merasmikan sebuah kelab hiburan terkenal iaitu Hard Rock Cafe di Beijing, China.

Beliau juga ernah mengadakan persembahan secara eksklusif yang telah ditonton oleh kerabat diraja Eropah iaitu Raja Elbert. Ning juga telah menubuhkan beberapa syarikat termasuk Ning Baizura International, Ning, Inc. dan Ning & Associates serta HappenNings yang kesemuanya berkhidmat sebagai pasukan pengurusannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mstar/RS7/achikdia.com