
Selepas bercerai dengan Mizz Nina pada Ogos tahun lalu, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita semalam.
Memetik sumber kosmo Noh dan tunangnya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam akan disatukan pada 23 September akan datang.
Majlis tersebut diadakan secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat di kediaman keluarga wanita terbabit di Putra Heights Subang Jaya, Selangor.
Berita tersebut dikongsi oleh sumber terdekat yang juga kenalan kepada ibu bapa bakal isteri Noh. Sumber menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran.
Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.
Ketika tiba di kediaman mereka sekitar pukul 3 petang tadi majlis pertunangan sudah selesai, tetapi Noh serta keluarganya masih berada di sana.
Berkongsi dengan lebih lanjut, sumber Kosmo! berkata wanita tersebut dikenali sebagai Fatin Athira Mustapa berumur 30 tahun. Fatin minat terhadap muzik dan berkebolehan bermain gitar serta menyanyi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit: achikdia/Kosmo