Akhirnya Rosyam Nor TampiI Beritahu Perkara Sebenar SeIepas Tervk Dik3cam Kerana Bi4dap Dengan Shuib

Pelakon seni tersohor, Datuk Rosyam Nor akhirnya memberi respon terhadap dakwaan netizen yang melabel dirinya sebagai biadab dan menjadi tajuk pemberitaan sejak awal minggu ini.

Sensasi itu tercetus selepas Rosyam yang hadir memenuhi undangan Anugerah MeleTOP pada Ahad lalu sebagai penyampai anugerah bersama Shuib, bertanya mengenai keinginan bekas suami Allahyarham Siti Sarah tersebut untuk mencari pengganti selepas lapan bulan bergelar duda anak empat.

Lantaran pertanyaan tersebut, segelintir netizen melabelkan beliau sebagai tidak sensitif malah digelar biadab.

Padahal, apa yang tidak diketahui oleh netizen adalah pertanyaan yang dilontarkan Rosyam kepada Shuib adalah atas persetujuan bersama.

Keduanya sudah merencana dialog yang akan diperkatakan saat bergandingan menjadi penyampai anugerah.

Ia bukan kejadian yang berlaku secara spontan sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Shuib.

“Saya ingin mengatakan apa yang dilontarkan dan kemudian dipertontonkan kepada masyarakat pada malam itu adalah satu gurauan yang telah dirancang bersama Shuib”

“Shuib tahu apa yang ingin saya tanyakan, dan dia juga bersedia untuk membalas pertanyaan saya dalam cara yang tidak terlalu formal”

“Jadi ia bukanlah sesuatu yang tidak sensitif atau saya cuba menjatuhkan maruah Shuib dengan soalan sedemikian,” ujar Rosyam sewaktu ditemui di Pejabat Suhan Movies Sdn Bhd di Setiawangsa, Kuala Lumpur, tengahari tadi.

Pengarah dan pelakon yang sangat disegani itu bagaimanapun tidak menafikan beliau boleh digelar tidak sensitif sekiranya bertanyakan soalan yang menimbulkan rasa kurang senang segelintir masyarakat itu sekiranya Shuib baru ditinggalkan Sarah dalam tempoh satu minggu atau satu bulan.

“Saya mengaku tidak sensitif jika melemparkan soalan tersebut sewaktu Shuib baru kehilangan Sarah dalam tempoh satu minggu atau sebulan misalnya”

“Tetapi ia sudah 10 bulan dan yang paling penting, Shuib bersetuju untuk kami melontarkan dialog dialog sedemikian,” jelas Rosyam lagi.

Tidak Teragak Agak Untuk Saman

Dalam pertemuan sama, Rosyam turut melahirkan rasa terkilan apabila netizen yang tidak memahami ‘seni dunia hiburan’ dan persahabatan di antara anak seni dengan mudah melabel dirinya sebagai biadab serta tidak sensitif.

Malah beliau juga mengatakan tidak teragak agak untuk menyaman baik pihak media, blogger ataupun netizen seandainya andaian yang dibuat mampu menjatuhkan maruah dan reputasinya.

“Penting untuk kita sebagai manusia atau netizen ini mencerna dahulu sesuatu dengan baik sebelum melabel sesiapapun dengan perkataan yang kurang baik sehingga mampu memberi kesan buruk kepada kami”

“Saya boleh saman media, blogger atau netizen yang mengatakan saya biadab dan celupar misalnya kerana bagaimana mahu membuktikan saya biadab?”

“Bagaimana mahu melabelkan saya sebagai celupar jika apa yang terjadi adalah atas persetujuan bersama dan memang sudah dirancang sejak awal”

“Dan mengapa tidak mengambil perkara yang baik berbanding mahu diketengahkan kerana ia dilihat sedang trending atau boleh dijadikan bahan untuk disensasikan” tegasnya lagi.

Sehubungan itu usahawan berjaya itu berharap pada masa akan datang, selain media, netizen juga perlu berhati hati sebelum ‘menjatuhkan hukum’ kepada orang lain.

“Saya bukan muda lagi untuk dijadikan konten dan viral dengan cara kurang manis macam ini”

“Ini menjatuhkan maruah dan mencalar reputasi saya secara keseluruhannya”

“Buat media, tolonglah jangan suka ‘petik’ apa yang netizen lontarkan kerana saya percaya rakan media yang saya hormati penuh dengan etika,” akhirinya.

Terdahulu, nama Rosyam menjadi bualan selepas tindakannya bergurau dengan Shuib disalah tafsir segelintir netizen.

Ironi, dalam kalangan media dan karyawan seni, Rosyam dikenali sebagai figura yang senang didekati, mudah memberi kerjasama serta sangat bertanggungjawab dalam setiap tindakannya.

Sumber: Gempak/Achikdia.com