Akhirnya Shuib Mengakv KeIuar Dengan Usahawan lni, Kalau Dia Jodoh Saya, Ini Hubungan Mereka Yang Sebenar

Foto pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib bersama anak-anak yang dimuat naik di Instagram mencuri tumpuan netizen apabila memperlihatkan kelibat seorang wanita dipercayai turut bersamanya ketika itu.

Tampil menjawab spekulasi itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan wanita berkenaan yang juga merupakan seorang usahawan.

Tidak menolak jika bertemu jodoh dengan wanita itu, Shuib memohon agar peminat mendoakan urusan tersebut dipermudahkan jika diizinkan oleh Allah SWT.

Shuib semakin terbuka bercerita soal teman hidup baharu

“Kalau saya bergambar dengan mana-mana wanita, ada sahaja diperkatakan. Jika ia seperti yang diperkatakan maka itulah sebenarnya. Apa boleh saya cakap sekarang ini sedang berkawan”

“Kalau dia boleh menjadi jodoh saya, apa salahnya? Doakanlah saya,” katanya kepada mStar.

Pada Selasa, tular gambar Shuib makan malam bersama anak-anak di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah pantulan di cermin memperlihatkan sosok tubuh seorang wanita sedang merakam gambar Shuib dan anak-anaknya.

Usahawan itu dipercayai bernama Watie Hanifiah iaitu merupakan wanita sama yang pernah heboh diperkatakan sebelum ini.

Sementara itu, Shuib berkata dia kini lebih mengutamakan anak-anak dalam mencari teman hidup baharu.

“Sekarang ini saya lebih fikirkan kepentingan anak-anak. Sebagai bapa saya tahu apa yang kurang. Mereka perlukan kasih sayang dan sentuhan seorang wanita. Kalau orang ini yang boleh berikan perkara tersebut, tidak salah untuk saya cuba berkawan”

“Takut nak bercakap panjang soal jodoh, jadi saya serahkan kepada ketentuan Allah. Tetapi saya juga perlu berusaha ke arah itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shuib juga berharap netizen tidak terlalu cepat membuat kesimpulan atau mudah menjatuhkan hukvm apabila timbul cerita dia berkawan rapat dengan mana-mana wanita.

Shuib mahukan wanita yang terbaik untuk menjaga anak-anak

Bapa kepada empat orang cahaya mata ini juga meluahkan rasa kecewa disebabkan tanggapan sesetengah pihak yang seakan-akan lebih mengetahui mengenai jodohnya.

“Saya tahu mungkin ramai yang ambil berat tentang saya. Berikanlah saya ruang untuk menyusun dan melalui fasa ini. Harap semua tidak terlalu cepat mengkrit1k. Pastinya saya akan ambil kira semua aspek sebelum buat keputusan untuk kembali berkahwin”

“Apabila ada yang terlalu cepat menilai dan jatuh hukvm, ia membuatkan rasa terasa hati. Saya pun tak tahu apa yang orang mahukan,” ujarnya.

Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah Raissuddin mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq m4tin, 6 dan Ayash Affan, 1 tahun.

Siti Sarah meningg4l dunia akibat jangkitan c0vld-19 pada Ogos 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mStar/achikdia.com