Akhirnya Tom Minta Maaf Sebab Rvpanya BeIiau Tak Tahu HaIal H4ram BiIa BerpeIuk Erat Dengan Fuad Macam Laki Bini

Penyanyi King Tom, tampil memohon maaf ekoran tersebar gambarnya berpelukan dengan penyanyi asal Singapura iaitu Fuad Rahman yang tular sejak beberapa hari lalu.

Menerusi hantaran Instagram, peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV-9) itu akui, dia sudah terbiasa dengan kehidupan yang tiada persempadanan antara lelaki dan perempuan.

Katanya, perlakuan tersebut adalah perkara yang biasa dan normal baginya kerana sudah lama hidup dalam keadaan sebegitu.

Gambar yang menjadi sensasi hangat kepada netizen.

“Minta maaf pasal gambar saya yang sudah tersebar berpeluk mesra dengan lelaki, tidak sengaja. Kehidupan saya mungkin tidak macam orang lain yang tahu halal dan haram.

“Salah saya tidak ambil berat perkara begini sejak dulu. Maaf sangat-sangat. Kepada yang kurang senang tengok gambar-gambar dan video saya sebelum ini, maaf,” ujar Tom menyesali.

Bagaimanapun, penyanyi dengan nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram itu terbuka untuk menerima bimbingan dan tunjuk ajar serta berhasrat mempelajari ilmu agama secara lebih mendalam.

Tom memohon maaf atas kesilapannya memeluk Fuad.

Hal ini kerana ujar Tom, dia mengakui ilmu agamanya tidak seberapa sehinggakan sebelum ini dia tidak begitu mengambil berat soal tersebut.

“Saya sangat-sangat tidak perasan benda macam itu tidak boleh dalam Islam. Hidup saya terlalu terbuka antara lelaki dan perempuan.

“Jujurnya, saya pun teringin hendak belajar bab-bab agama. Saya selalu keliru tentang halal dan haram sebab sudah terbiasa dengan kehidupan yang terlalu terbuka.

“Bab-bab agama saya tidak berapa tahu sangat. Doakan saya supaya lebih tahu bab-bab halal dan haram selepas ini. Saya minta maaf,” jelas Tom yang popular dengan lagu Redha.

Tom menyatakan bahawa akan mencuba memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik.

Rentetan itu, rata-rata peminatnya memberikan kata-kata semangat dan menyokong hasrat Tom yang ingin memperbaiki diri ke arah lebih baik.

“Tidak mengapa kakak, perlahan-lahan berubah. Hanya kakak dan Allah tahu tahap mana dan macam mana ujian mahu berubah yang kakak hadap,” komen seorang pengikutnya.

“Kita semua tidak sempurna, semoga Tom berusaha mencari hidayah Allah dan mendekatkan diri dengan Yang Esa. Berusaha menjadi yang lebih baik selepas ini,” komen seorang lagi pengikutnya.

Terdahulu, foto mesra antara Tom dan Fuad menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga pasangan itu kemudian tampil mengumumkan secara rasmi hubungan mereka dalam Facebook.

Mereka mendedahkan pernah menjadi kekasih selama beberapa tahun sejak 2005 sebelum berpisah kerana Fuad berdepan hukuman penjara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Kosmo/BOOM/achikdia.com