Akhirnya Waris Cuba Pertahan Diri, Ada Benda Lain Yang Berlaku Sebenarnya Selepas Video Menyanyi Rap Di Majlis Agama

Sebuah video memperlihatkan penyanyi rap Waris sedang menyanyikan lagu Rembau Most Wanted Part ll di sebuah majlis agama mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias menyanyikan lagu tersebut yang dianggap tidak bersesuaian dengan acara sebegitu.

Malah, menerusi video tersebut jelas kelihatan raut wajah para tetamu yang kurang selesa duduk di belakang penyanyi berkenaan sehingga ada antara mereka menundukkan kepala.

Tampil mempertahankan diri, Waris menerusi Instagram miliknya pada Jumaat berkata video tersebut merupakan rakaman lama yang dipotong dari Instagram TV (IGTV).

Antara komen netizen di Instagram Waris.

Menurutnya, individu yang berkongsi video tersebut sengaja menjadikan dirinya sebagai bahan untuk mencetuskan perbalahan demi meraih perhatian.

“Perang raih undi dah mula. Yang post video aku menyanyi kat masjid itu pun geng-geng mungkir janji yang upload. Video lama yang dipotong dari IGTV.

“Tahun lalu cuba tapi tak jadi. Tahun ini, dia upload video sama lagi dan dia berjaya viral. Tujuan? Nak buat korang marah. Aku hanya bahan saja.

“Hati-hati… semua negeri turap jalan sebab nak… korang pun tahu kan. Takkan tak faham permainan. Berhati-hati apa yang anda dengar dan salam sayang diri sendiri,” tulisnya.

Video pendek berdurasi 16 saat itu mula tular selepas seorang netizen memuat naik di laman Facebook dan netizen mula menyerang Instagram Waris.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada Waris gagal apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan mesej.

Video tersebut pernah dimuat naik Waris di Instagram pada 14 November tahun lalu di mana dia membuat persembahan di Masjid Ibnu Khaldun, Negeri Sembilan sempena Maulud Nabi.

Lagu Rembau Most Wanted Part ll turut menampilkan Nabil Ahmad.

Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen yang mempertahankan Waris dan berpendapat pihak penganjur sepatutnya meminta penyanyi berusia 33 tahun itu menyampaikan lagu bersesuaian.

“Rembau Most Wanted ll, saya ada dengar lagu ini. Perkataan dia bab agama dan dunia. Kenalah dengan majlis. Dalam MV dia pun ada Nabil, cuba dengar apa yang Waris cuba sampaikan, padu apa yang dia cuba sampaikan.

“Okay apa? Kata boleh saja asalkan benda baik. Bila kompang-kompang itu boleh pula. Sama saja konsepnya cuma genre lain. Bila kata bidaah, benda-benda macam ni marah pula.

“Yang jemput penyanyi itu macam tak reti tengok keadaan majlis. Boleh saja minta dia bawa lagu lain kalau dah terdesak sangat nak jemput Waris,” tulis beberapa netizen.

Sumber: two.e-kesah