Akhirnya Yusof Haslam MuIa Bersvara, Saya Harap Tind4kan Syamsul Tak Kervhkan Keadaan

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.

Memetik BH Online, bapa kepada pengarah itu iaitu Datuk Yusof Haslam berharap tindakan anaknya itu yang mahu menyaman Jawi tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Enggan mengulas mengenai tindakan anaknya itu, Yusof berkata dia dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul.

“Saya pelik dengan tindakan Syamsul. Namun, tak perlulah saya mengulasnya. Cuma sebagai orang tua, saya berharap tindakan Syamsul tidak akan mengeruhkan keadaan. Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul,” katanya.

Semalam dalam satu perkongsian di Instagram, Syamsul berkata dia mahu mengambil tindakan undang-undang susulan pihak Jawi didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Syamsul dengan isterinya pelakon Puteri Sarah Liyana berhadapan dengan kemelut rumah tangga atas dakwaan kehadiran orang ketiga dikenali Ira Kazar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Bh/rk/achikdia.com