Akhirnya Zamani SeIamat JaIani Pemb3dahan, lsteri Ucap Terima Kasih Atas Doa Dan Keadaan Terkini BeIiau

Penyanyi Zamani selamat menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan di ibu kota kira-kira jam 3 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan isterinya, Nur Juliana Abd. Rani menerusi muat naik sekeping foto memaparkan bilik pembedahan vokalis Slam berkenaan.

Menerusi kapsyen, Nur Juliana meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai bagi melancarkan prosedur pembedahan tersebut.

“Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buat Abang Zamani,” tulisnya.

Sebelum ini, penyanyi berusia 51 tahun itu memaklumkan sudah melakukan persiapan termasuk mengikut saranan doktor seperti mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin.

Malah difahamkan, penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu juga memerlukan rehat sehingga tempoh tiga bulan bergantung kepada kekuatan antibodinya.

“Mengikut penerangan doktor, saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu bergantung kepada daya ketahanan tubuh”

“Sepanjang tempoh ini, saya perlu mendapatkan rawatan susulan dan menjalani latihan fisioterapi,” kata Zamani.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ig Nur Juliana/achikdia.com