Alya Iman Akhirnya Mengaku Pakai Tudung Hanya Sebab Arwah Ayah, Saya Tahu Dia Akan Sedih

“Saya tak boleh terus jadi hipokrit dan hanya nak fikir pasal diri sendiri”, itulah antara jawapan yang diberikan pelakon, Alya Iman selepas disoal tentang keputusan membuka tudung.

Dalam pada itu, Alya turut mengakui dia memakai tudung sebelum ini kerana selalu disuruh Allahyarham bapanya, Azmil Mustapha sejak kecil.

Alya Iman tahu babah akan sedih…

Alya juga dikatakan memang sudah lama tidak bertudung apabila bersama keluarga tapi tidak menunjukkan penampilannya itu di media sosial.

Tapi kali ini, saya tak boleh terus jadi hipokrit dan hanya nak fikir pasal diri sendiri. Masa babah ada, dia selalu tegur saya untuk pakai tudung. Saya tahu dia akan sedih.

Tapi mengenali dirinya, saya juga tahu dia akan terima apa sahaja yang saya lakukan. – Kata Alya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: achikdia.com/
Kosmo