Artis Nasyid lni Dit4han Kerana MiIiki Ada Ladang Mini 17 Pasu Pokok G4nja

Seorang penyanyi nasyid berusia 47 tahun ditahan polis kerana memiliki 17 pasu pokok ‘ganja’ yang dipercayai ditanamnya semenjak dua bulan lalu di sebuah unit kondominium di Kota Damansara, Petaling Jaya pada jam 5.30 petang semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis turut mrampas ketulan mampat ‘ganja’ seberat 214 gram dan penyanyi yang juga komposer itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Ketulan mampat ‘ganja’ bernilai RM10,700 itu ditemui di bahagian dapur dalam bekas plastik berwarna biru dan hitam yang diletakkan di atas kabinet dapur.

“Pemeriksaan lanjut di sebelah bahagian dapur rumahnya pula, polis menemui satu almari kain berwarna hitam yang di dalamnya terdapat tiga pasu pokok disyaki ‘ganja’,” katanya.

Tambah Fakhrudin, selain itu, polis juga menemui 13 pokok dalam pasu disyaki ‘ganja’ yang ditempatkan dalam sebuah bilik dan satu pasu yang diletakkan di balkoni kediaman tersebut.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadapnya juga mendapati suspek positif ‘dadah’ jenis THC (‘ganja’),” katanya.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menanam ganja terbabit untuk kegunaan sendiri dan susulan penemuan itu, polis mrampas pelbagai alatan penanaman tumbuhan berkenaan antaranya cecair pemusnah serangga, penyukat suhu, lampu pelbagai jenis dan alat pengudaraan.

“Kita percaya suspek tanam sendiri pokok terbabit, namun kita masih menyiasat dari mana benih tanaman itu diperolehnya.

“Kita juga percaya suspek ini sudah terlibat dengan penagihan dadah selama 10 tahun dan dia mempelajari cara menanam pokok terbabit menerusi media sosial.

“Dalam serbuan itu, polis juga merampas kereta milik suspek iaitu Toyota Wish dan wang tunai bernilai RM40,700.

“Nilai keseluruhan rampasan adalah RM61,600 dan suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta ‘Dadah’ Berbhaya 1952 dan Seksyen 6B, Akta ‘Dadah’ Berbhaya 1952, yang sabit kesalahan boleh membawa huk0man ‘mati’ mandatori.

Sumber: Xtra, BH 0nline