Aznil Nawawi Minta Netizen Jangan Pvtus Berdoa Dan K0ngsi Perkembangan Terkini Zamani

Umum mengetahui penyanyi, Zamani Slam telah selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang semakin melengkung disebabkan penyakit scoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, semalam.

Keadaan Zamani Masih Belum Stabil

Perkara itu turut dikongsi oleh pengacara tersohor, Aznil Nawawi menerusi hantaran di Instagram yang berkongsi perbualannya bersama isteri Zamani, Juliana yang menjelaskan keadaan terkini Zamani.

“Zamani masih lagi di ICU sebab doktor memerlukan pemantauan selama 48 jam. Keadaan dia masih belum stabil. Apabila dia sudah boleh ke wad biasa, Ju akan update Pak Nil. Pak Nil orang pertama Ju (isteri Zamani) akan update” kongsi Aznil.

Dibanjiri Doa Peminat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dilihat menitipkan doa agar Zamani dapat diberikan kesembuhan dengan cepat, malah ada yang turut meluahkan rasa kagum dengan Pak Nil yang tidak henti berkongsi perkembangan terkini Zamani.

“Terima kasih buat Pak Nil yang selalu prihatin dengan nasib orang lain. Semoga Allah permudahkan segala urusan rawatan dan beri kesembuhan buat Zamani Ibrahim.. Aamin.”

“Kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Zamani dan Pak Nil. Aamin.”

“Semoga diberi kesembuhan… semoga pulih seperti sediakala..”

Sama-sama kita doakan agar Zamani diberi kesembuhan dengan cepat dan dapat meneruskan karier nyanyiannya seperti sediakala.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: murai/achikdia.com