Baru Sahaja Hendak PuIih, Kini Bagai Jatvh Ditimpa Tangga, InnaIilah Kepada Anak Amyra Rosli

Pasangan selebriti Amar Baharin dan juga Amyra Rosly sekali lagi ditimpa dvgaan apabila anak bongsu mereka dimasukkan ke hospital akibat demam panas dan dikejarkan ke pusat perubatan kira-kira jam 1 pagi, Rabu.

Baru sahaja sembuh dari CVD-19, Amar Baharin bimbang akan keadaan anak bongsunya.

“Arysasa mengalami demam panas… suhu badannya tinggi sehingga mencecah 41 celsius. Melihat keadaanya itu, kami terus bawa dia ke hospital Prince Court, KL pada sekitar 1 pagi tadi.

“Sehingga kini, Aryssa masih dit4han wad dan pagi tadi baru jumpa doktor. Keadaan dia masih dalam pemantauan dan kami tak buat ujian calitan sebab dia baru baik dari c0v1d-19.

“Tiba-tiba demam panas dan tak tahu punca dia apa. Itu yang membuatkan kami risau sangat,” kata Amar ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Terdahulu, pasangan selebriti itu memuat naik foto keadaan anak mereka yang terlantar sak1t di sebuah hospital di laman Instagram masing-masing pada Rabu.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti mendoakan agar anak perempuan pasangan itu diberikan kesembuhan dengan cepat.

DOA UNTUK KESEMBUHAN

Sebuah hadis meriway4tkan amalan Rasulullah yang turut melaz1mi ziarah menjenguk orang sak1t. Had1s yang dir1wayatkan oleh Bukhari dan Musl1m dari Aisyah RA menyatakan Rasulullah sering membaca doa ini kepada sahabatnya yang sedang sakit :

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Bacaan Rumi : Allahumma rabban nasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syafi. La syafiya illa anta syifa’an la yughadiru saqaman.

Maksud : Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyak1t. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit.

(Hadis R1wayat Bukhari)

Sementara itu, Amar memberitahu anaknya kini dijaga oleh adik iparnya kerana dia dan isteri terpaksa menjalani penggambaran yang sudah dijadualkan.

“Saya dan Amyra tak dapat nak teman dia di hospital sebab kami berdua ada penggambaran, kebetulan jadual padat pula. Sekarang ini, mak saudara Aryssa yang teman di hospital,” ujarnya.

Sebelum ini, Amyra mengalami sak1t sendi dan lebam di beberapa bahagian tubuhnya selain batuk tidak henti menyebabkan dia terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran drama Jangan Menangis Cinta.

Menerusi temu bual bersama mStar pada 31 Mac lalu, Amar memaklumkan keadaan itu tidak pernah berlaku dan isterinya juga telah menjalani pemeriksaan namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik.

Berkongsi keadaan kesihatan Amyra terkini, Amar melahirkan rasa syukur apabila isterinya sudah kembali sihat selepas menjalani rawatan di hospital dan perubatan Islam.

“Alhamdulillah, Amyra pun dah mula bekerja dan menjalani penggambaran sejak kelmarin. Keadaan dia pun dah sihat macam biasa. Syukur tak berpanjangan sak1t dia itu.

“Memang kami ada ikhtiar dua cara… hospital dan perubatan Islam. Alhamdulillah, dia pun dah sihat dan dapat bekerja seperti biasa,” katanya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumahtangga pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar