BeIum Reda K3s C3rai, KaIi lni Se0rang W4nita Tvduh Mak Wan S1hir Neneknya, lni AIasan Dia Cakap Macam Tu

Sebelum ini, rumah tangga yang dibina oleh pelakon Mak Wan Latah pada 22 Januari lalu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja apabila dia diceraikan dengan talak satu.

Namun, nama Mak Wan sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila ada individu yang menuduh pelakon itu menyihir neneknya sehingga dimasukkan ke dalam Unit Penjagaan Koronari (CCU).

Dituduh bom0hkan pelakon lain

Menerusi ciapan individu berkenaan di Twitter, wanita terbabit menuduh pelakon berusia 61 tahun itu menggunakan pengamal perubatan tradisional (bomoh) sehingga menyebabkan j4ntung neneknya tersumbat.

Dulu kau main bomoh buat nenek aku duduk lama dalam CCU sebab j4ntung tersumb4t. Motif kau buat macam tu sebab kau dengki nenek aku dapat job banyak. Lepas kau bomohkan nenek aku, job kau pulak non stop sampai lah sekarang kau dah famous. Aku rasa nak pijak je.

Dalam pada itu, dia mendakwa pelakon terbabit sempat bertemu dengan neneknya untuk meminta maaf sebelum mengerjakan ibadah umrah. Difahamkan, nenek kepada wanita itu dikenali sebagai Kak Chah merupakan pelakon iklan di media cetak satu ketika dahulu dengan membawa tagline ‘zaman dah berubah, dunia dah maju’.

Lama dah, sebelum Mak Wan ni famous macam sekarang hahaha dia sendiri datang jumpa nenek aku sebelum dia pergi umrah. Dia datang minta maaf dan beritahu semua apa yang dia dah buat kat nenek aku.

Sudah tidak tahan menerima kecaman daripada warganet, Mak Wan membuat keputusan untuk menghubungi anak kepada wanita terbabit, Ery untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar.

Ery kenapa cucu Kak Chah kata Mak Wan s1hir Kak Chah. Bila masa Mak Wan s1hir pulak. Kali terakhir Mak Wan jumpa mak Ery masa atas kapal. Lepas tu Mak Wan dapat khabar, Ery bawa mak Ery berubat dekat Pulau Pinang.

Ujarnya lagi, dia seperti tidak percaya dituduh menyihir ibu kepada Ery itu sedangkan mereka sudah lama berkawan. Lebih mengejutkan lagi apabila individu berkenaan mendakwa pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu merampas peluang pekerjaan Kak Chah sebagai pelakon. Susulan daripada itu, Mak Wan membuat laporan polis kerana kenyataan tersebut telah mengaibkannya di media sosial.

Rupanya Mak Wan lain

Walau bagaimanapun, individu berkenaan tampil memohon maaf kepada Mak Wan kerana dia sudah tersalah orang dan rupa-rupanya Mak Wan yang lain dan bukannya Mak Wan Latah. Malah, dia turut memadam ciapan berkenaan serta sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mak Wan.

Salam Mak Wan, Saya Nysa cucu Kak Chah. Bapa saudara saya Hairee baru call saya. Saya nak minta maaf ye, Mak Wan yang saya maksudkan tu orang lain rupanya.

Bapa saudara saya call tadi dia beritahu Mak Wan tu orang lain bukan Mak Wan Latah. Saya dengan rendah diri saya memohon ampun dan maaf. Saya dah delete tweet saya.

‘Padah memfitn4h’

Mak Wan Call Sendiri

Minta Maaf

Sumber: itzzme.mell, ohbulan