BeIumpun Lagi Reda Kisah Penc3raian Ellie Dan Azri Yang Secara Tiba2, Kini Azri Iskndar Umum BakaI Bernikah PuIa, Memang Padu

Pelakon Azri Iskandar mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dengan seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki PhD dalam jurusan muzik.

Menurut Azri, dia dan keluarganya bercadang untuk menghantar rombongan merisik dan meminang Azra Diera Abdul Hamid sebelum 23 Jun ini.

Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah dulu. Majlis perkahwinan akan diadakan kemudian dalam waktu terdekat, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, Azra, 43, atau mesra disapa Ara belum pernah berkahwin sebelum ini.

Azri sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, penulis skrip dan pelakon terkenal, Ellie Suriati Omar. Namun, pasangan itu sah berce.rai pada 17 Mei lalu.

Menurut Azri yang juga pelakon P.ontianak Harum S.undal Malam itu, majlis persandingan terpaksa ditangguh buat sementara waktu kerana dia terpaksa memenuhi jadual kerja yang padat ketika ini.

Sekarang saya masih lagi menjalani penggambaran drama Kau Tak Punyai Hati arahan Azmi Hatta terbitan TV3 sampai 2 Ogos depan.

Masa yang ada agak terhad untuk saya uruskan segala persiapan. Namun, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Saya akan umumkan tarikhnya nanti, tuturnya.

Sebelum ini Ellie dan Azri berkahwin pada 2003, dan hasil perkahwinan selama 19 tahun itu, mereka dikurniakan dua anak, Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kredit: Kosmo/MK/achikdia.com