Bella Astillah 4kui SiIap, Tiada Kena Mengena Dengan Suami SeteIah Ditvduh Semakin S3ksi

Penampilan selebriti, Bella Astillah sejak kebelakangan ini dikatakan semakin seksi dan sering mendapat teguran netizen di media sosial miliknya jika dia berkongsi gambar terbaru.

Ada juga diantara mereka menasihati Bella supaya menjaga penampilan memandangkan suaminya iaitu Aliff Aziz sudah berhijrah menjadi lebih baik apabila sering terlihat mengikuti jemaah tabligh.

Tiada kena mengena dengan suami

Namun begitu, memetik penjelasan pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah di Kosmo! dia mengakui kesilapannya sendiri dan tiada kena mengena dengan Aliff.

“Imej seksi? Mungkin kesilapan itu daripada saya dan menerima teguran dengan hati terbuka kerana sekali gus membuktikan ramai masih sayang. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini”

“Tentang tidak selari dengan penghijrahan suami, saya memang belajar banyak daripada dia. Jika ada syarat sekalipun, itu antara saya dengan dia,” katanya.

Aliff tak letak syarat pun

Ujarnya lagi, suami sentiasa memberikan nasihat dan dia sendiri akui bahawa banyak belajar dari perubahan Aliff.

Penyanyi kelahiran Singapura itu turut tidak memberikan sebarang syarat kepada isteri namun perubahan yang dibawa membuatkan Bella terikut sama.

“Dia banyak bagi nasihat untuk banyak perkara dan tidaklah letak sebarang syarat tetapi perubahan dia memang buatkan saya untuk ikut sekali”

“Semuanya ke arah kebaikan, teruskan berdoa untuk saya,” ujarnya.

Terdahulu, peserta program Duo Famili itu dikatakan semakin seksi dengan berani tampil menggayakan pakaian yang agak terdedah.

Ia membuatkan sesetengah netizen menyelar tindakan Bella kerana bertentangan dengan imej Aliff Aziz yang dilihat sudah berhijrah menjadi lebih baik.

Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz telah bernikah tahun 2016 dan dikurniakan Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Kosmo/achikdia.com