Bella Astillah MuIa Bertanya Kembali, Adakah Aku Akan Merasakan Kebahagiaan?

Beberapa hari lalu, pelakon dan usahawan Bella Astillah ada menulis satu twit menerusi akaun media sosial Twitter miliknya.

Kongsi Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah ciapan tersebut berkisar mengenai luahan perasaan bersama pengikutnya.

Bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz berkenaan bertanya adakah dirinya akan mengecapi kebahagiaan hidup.

“I was wondering, adakah aku akan merasakan kebahagiaan?,” tulisnya.

Lalu, rata-rata peminat memberi kata-kata semangat kepada ibu tunggal itu terus cekal dan tabah mengharungi dugaan kehidupan.

Imbas kembali, Bella mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Bagaimanapun, pasangan ini kemudian berpisah pada 16 Mei 2019. Aliff Aziz, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 28 tahun, melafazkan talak tersebut di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Mushid.

Pelakon kelahiran Singapura itu menangis teresak-esak ketika melafazkan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 manakala Bella Astillah, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25 tahun, kelihatan tenang.

Sebelum membenarkan Aliff selaku defendan melafazkan cerai ke atas Bella, Hakim Izzat Syazli bertanya kepada Bella adakah wanita itu mahu meneruskan penceraian selepas memfailkan permohonan cerai pada 21 Mac lepas.

“SEBAB SUAMI CURANG…”

Hakim syarie itu juga bertanya apakah alasan Bella untuk bercerai dan wanita itu menjawab “tidak sefahaman” namun hakim syarie bertanya sebab lain yang lebih kukuh, lalu Bella yang terdiam seketika sambil tersekat-sekat menjawab “sebab suami curang..” sebelum dilihat menangis.

Hakim syarie turut bertanyakan adakah Bella mempunyai bukti dan wanita itu berkata ya, melalui video dan gambar-gambar. Bella juga memberitahu sudah lebih tiga bulan mereka tinggal berasingan.

Selepas melafazkan cerai itu, Aliff turut memberitahu dia bersetuju dengan permintaan Bella untuk membayar nafkah RM1,000 (S$328) sebulan kepada seorang anak lelaki hasil perkahwinan mereka.

Hakim Izzat Syazli kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sijil nikah dibatalkan.

Mahkamah juga merekodkan persetujuan Aliff membayar nafkah anak mereka, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun sebanyak RM1,000 (S$328) yang dimasukkan ke dalam akaun bank Bella bermula bulan ini.

Hakim syarie turut menasihati Aliff dan Bella supaya memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak tunggal mereka dengan baik dan tidak memburukkan antara satu sama lain di hadapan anak.

SUDAH MAAFKAN, TAPI…

Sejurus selesai prosiding Aliff dan Bella keluar dari bilik bicara bersama dan dilihat berbincang. Pasangan tersebut bernikah pada 9 Sept 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun.

Ketika ditemui pemberita, Aliff yang memakai kemeja hitam berkata dia menyesal atas perbuatannya sehingga menyebabkan berlakunya penceraian itu dan memohon maaf kepada Bella.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: MH